Lelaki Poland terima muka baharu
PEMANDANGAN sisi muka Grzegorz.- AP
|
Seorang lelaki berusia 33 tahun di Poland menjalani
pembedahan pemindahan keseluruhan muka tiga minggu selepas wajahnya
cedera akibat kemalangan di tempat kerja, kata beberapa doktor. Mereka memberitahu, jangka masa tersebut merupakan yang paling pantas pernah dibuat untuk pembedahan seperti itu.
Sebelum ini, pemindahan muka adalah rumit dan memerlukan persediaan rapi dan menyeluruh. Persediaan itu mengambil masa selama berbulan-bulan sehingga beberapa tahun. Namun, beberapa doktor berkata, mereka perlu segera melakukan
pembedahan tersebut terhadap pesakit berkenaan bagi mengelakkan
keadaannya menjadi lebih teruk.
Lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Grzegorz menjalani pembedahan
tersebut di Pusat Kanser dan Institut Onkologi di Gliwice, Poland. Dia menjalani pembedahan pemindahan muka dan tulang selama 27 jam
pada 15 Mei lalu selepas seorang penderma mahu mendermakan mukanya. Pembedahan itu bagi memulihkan muka dan tulang rahang soket mata lelaki tersebut.
"Pembedahan ini akan membolehkan pesakit kembali menjalani kehidupan
normal," kata seorang ketua pakar bedah yang melakukan pembedahan
tersebut, Adam Maciejewski. "Dia akan bernafas, makan dan melihat seperti orang lain," tambahnya.
Lebih 24 pembedahan pemindahan muka atau sebahagian muka telah dilakukan di seluruh dunia setakat ini. Pembedahan pertama melibatkan seorang wanita yang digigit anjing peliharaannya pada 2005 di Perancis. - AP
Harapan baru utk dia....ilmu dari Allah
ReplyDeleteBetul Okje..itu dinamakan rezeki ALLAH kan..diberi kepada sesiapa yang diingini NYA.
ReplyDeleteشركة نقل عفش بالمجمعة
ReplyDeleteشركة نقل عفش بشرورة
كيفية نقل العفش بينبع
اسعار نقل عفش بينبع
البحث عن شركات نقل العفش بينبع
شركات نقل العفش بخميس مشيط
كيفية نقل العفش بخميس مشيط
اسعار نقل عفش بخميس مشيط
شركة تنظيف الاثاث بالرياض
ReplyDeleteشركة تنظيف شقق بالرياض
شركة تنظيف موكيت بالرياض
شركة تنظيف مجالس بالرياض
شركة تنظيف منازل بالرياض
شركة تنظيف ستائر بالرياض
شركة تنظيف فلل بالرياض
شركة جلي بلاط بالرياض