Breaking News

Thursday, June 20, 2013

10 Sebab Kenapa Doa Di Tolak

Salam Jumaat untuk semua pembaca Blog Santai,

 http://4.bp.blogspot.com/-pIrrebmFtAo/UGvjomnLkOI/AAAAAAAAAlw/Wt8JAwkVnPY/s1600/Apa-Kita-Fikir-Kata-Rasa-dan-Bertindak-Adalah-Doa.jpg
 Source: Google

Pada suatu masa Ibrahim Adham pernah di tanya oleh orang ramai kenapakah do'a-do'a mereka tidak di makbulkan oleh Allah s.w.t . Sedangkan mereka tidak jemu-jemu berdo'a dan memohon kepada Allah s.w.t. Ibrahim Adham menjawab terdapat 10 perkara kenapa do'a-do'a mereka tidak di makbulkan oleh Allah s.w.t :

1. Kamu kata kenal Allah s.w.t tetapi kamu tidak menunaikan hakNya (tanggung jawab kamu kepadaNya)
2. Kamu membaca al-Qur'an, tetapi kamu tidak beramal dengan ajarannya. 
3. Kamu kata kamu kasihkan Rasulullah s.a.w, tetapi kamu tidak beramal dengan sunnahnya. 
4. Kamu kata syaitan itu musuh seterumu, tetapi kamulah karibnya dan patuh padanya. 
5. Kamu berdo'a untuk masuk ke Syurga Allah s.w.t, tetapi kamu tidak beramal dengan amalan yang membawa kamu ke Syurga. 
6. Kamu berdo'a minta di jauhkan dari api Neraka, tetapi kamu beramal dengan amalan yang akan mencampakkan kamu ke Neraka. 
7. Kamu kata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya. 
8. Kamu sibuk dengan keaiban saudaramu, tetapi kamu lupa dengan keaiban dirimu sendiri. 
9. Kamu memakan nikmat Allah s.w.t, tetapi kamu tidak bersyukur kepadaNya. 
10. Kamu kuburkan saudaramu yang sudah mati, tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.

Marilah kita sama-sama taat kepada perintah Allah s.w.t, beramal dengan Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w, perangi syaitan dengan penuh kesungguhan, berjalan di atas jalan menuju ke Syurga serta hindari diri kita dari masuk ke jalan ahli Neraka. Semoga doa kita di makbulkan ALLAH.

4 comments:

Designed By