10 Sebab Mengapa Kita Perlu Senyum

 http://cdn.mdjunction.com/components/com_joomlaboard/uploaded/images/never_forget_to_smile_1618.jpg
 Source: Google

Mungkin ramai yang tidak menyedari, sebuah senyuman yang kita lemparkan kepada seseorang mampu untuk menceriakan kehidupan insan tersebut. Betul, hanya dengan berbekalkan sekuntum senyuman sahaja, bukan dengan wang ringgit, makanan yang melimpah ruah or pakaian yang mahal-mahal k.

10 Sebab Mengapa Kita Perlu Senyum

1. Senyuman itu adalah sedekah. Ianya adalah acara yang paling senang untuk kita mengumpul pahala.

2. Senyuman bukan hanya sekadar tindak balas gerak muka, tetapi turut mempunyai hubungan dengan penghasilan endorphin di dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi. Jadi, ia turut menjadikan seseorang itu berasa jauh lebih selesa dan yakin dengan diri sendiri.

3. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah dengan menambah kemasukan oksigen dalam darah dan hal ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan dengan lebih cepat.

4. Mengakhiri senyuman dengan ketawa mampu menyahaktifkan bahan kimia dalam badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan juga ulser.

5. Senyuman adalah ekspresi muka yang terhasil dengan merengangkan otot di hujung mulut dan di sekeliling mata. Kajian juga menunjukkan senyuman merupakan respons daripada rangsangan tertentu yang menggambarkan kegembiraan. Mereka yang memiliki ekspresi raut wajah yang senang hati, tampil menarik termasuk kelihatan lebih muda daripada usia mereka yang sebenarnya.

6. Universiti Illinois, Amerika Syarikat telah melakukan satu kajian yang membuktikan bahawa apabila seseorang itu gembira dan selalu tersenyum, hayatnya boleh mencapai satu dekad lebih berbanding mereka yang tidak senyum.

7. Menurut kajian sains, senyuman akan melepaskan sejenis hormon yang dipanggil endorphin iaitu hormon yang membuatkan manusia berasa gembira. 

8. Apabila kita senyum badan kita akan menghasilkan antibodi dan Sel T atau sel darah putih yang akan memberikan imunisasi optimum kepada badan.

9. Senyuman dapat mencegah sakit sembelit pada waktu pagi. Pergerakan Peristaltik (gerakan otot pada saluran pencernaan) usus masih perlahan, namun apabila kamu tersenyum pada waktu berkenaan, gerak usus tersebut akan terangsang akibat daripada kontraksi otot perut hasil daripada kesan senyuman kamu tadi.

10. Senyuman juga boleh dijadikan penawar pada penyakit rohani yang kronik.

1. Rahsia Jodoh
2. "Peluang" Hanya Sekali
3. "Rahsia" Untuk Wanita
4. "Rahsia" Buat RM2 Setiap Saat
5. Rahsia "Sempoi" Tapi Bernilai    

6. Satu Minit Yang Sangat Berharga      
7. Rahsia Untuk Kulit Cantik Menawan     

Extract From: Utusan Malaysia

Comments

  1. Good Fae..awet muda tau..

    Smile noe..you are on camera..

    Senyum itu sedekah hanif..

    ReplyDelete
  2. dan senyuman itu sentiasa buat kita lapang dada.. =)
    hilang sekejap stress..hehe

    ReplyDelete
  3. Senyum tak perlu kata apa apa...hehe..kadang kadang termasam jugak...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat