20 jam memilukan, Mangsa Runtuhan
Mayat mangsa kejadian runtuhan tanjakan Jambatan Kedua
Pulau Pinang, yang dikenali sebagai Tajuddin Zainal Abidin, 45, yang
ditemui dalam keadaan mukanya tersembam di atas papan pemuka kereta
dipandunya hanya berjaya dikeluarkan selepas lebih 20 jam usaha
dilakukan.
Selepas mangsa ditemui kira-kira jam 12.27 tengah malam kelmarin,
usaha mengalihkan konkrit menghempap kereta mangsa menggunakan kren 380
tan sebanyak dua kali gagal dan berikutan itu anggota penyelamat
terpaksa melakukan kerja-kerja memecahkan bongkah struktur konkrit yang
runtuh sebelum berjaya dikeluarkan jam 8.45 malam tadi.
Sejurus mangsa berjaya dikeluarkan suasana pilu menyelubungi lokasi kejadian apabila abang ipar mangsa pengsan. Ketika mayat terbabit dikeluarkan anggota pasukan keselamatan, abang
iparnya yang terlalu sedih memeluk anggota bomba sambil menangis
teresak-esak.
Dia yang tidak dapat menahan hiba itu terpaksa dipapah beberapa anggota pasukan keselamatan sebelum rebah dan dikejarkan ke hospital.
Rahsia Jutawan Ternama
Cara Buat Duit Dengan Says
Pekerja Dirumah Diperlukan
Cara Buat Duit Dengan Gushad
Teknik Menjana Pendapatan 5 Angka Sebulan
Source
astaga..semoga arwh ditmptkn di tmpt org2 briman..
ReplyDeleteAlfatihah untuk mangsa..
ReplyDelete