Skip to main content

Alien dalam peti sejuk ?


Petani ditahan simpan alien dalam peti sejuk 
 Foto: Metro.co.uk

Seorang petani ditahan selepas beliau dengan bangganya memaparkan foto makhluk asing di internet dan mendakwa menangkap makhluk tersebut.

Petani yang dikenali sebagai Li, kini terkenal di media China selepas memuat naik gambar makhluk asing tersebut dan akhirnya terpaksa mengakui, ‘alien’ tersebut direka menggunakan daging ayam dan dawai bagi mengelirukan orang ramai.


Beliau ditahan polis selama lima hari kerana menyebarkan gambar palsu dan menganggu orang awam.
Pada mulanya, petani itu menceritakan cara beliau menangkap makhluk asing menerusi laman web.

Kemudian, Li memuat naik gambar makhluk asing yang usdah mati itu di dalam peti sejuk menyebabkan ramai pengguna internet mempersoalan kebenaran gambar tersebut.
Pada masa itu, Li menegaskan yang ceritanya benar.

Comments

  1. tu nahh buat kerja bod*h lagi hahaha kan dah kena tangkap

    ReplyDelete
  2. apalagi buat benda2 x berfaedah mcm ni kan.,. sia2 je kena tangkap dah

    ReplyDelete
  3. emm...tak taulah betul ke tidak....

    ReplyDelete
  4. Kan Fae.byk lagi benda lain boleh buatkan..

    That's why KA..nakal lah tu..

    Ramai yang macam ni BM..

    Memang tak betul Okje..dia dah ngaku pun...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat