Anak-Anak Palestin di Summer Camp
Summer Camp Di Palestine
Remaja diajar cara mengendalikan senapang AK47.
JIKA di negara kita, summer camp merupakan aktiviti paling ditunggu pelajar ketika musim cuti sekolah. Sepanjang program itu, pelbagai aktiviti ilmiah dan pengisian kerohanian diterapkan kepada peserta kem.
Keadaan ini berbeza sama sekali dengan kanak-kanak Palestin di mana di sini mereka melakukan aktiviti ketenteraan sebagai persediaan menentang keganasan rejim Zionis. Ternyata semangat ‘kebencian’ terhadap rejim itu disemai dari usia kanak-kanak bagi memupuk disiplin ketenteraan.
Mereka juga dilatih kaedah bersembunyi di sebalik kubu pasir.
Di Semenanjung Gaza, kira-kira 10,000 kanak-kanak dilatih menggunakan senjata untuk perangi rejim. Kanak-kanak dan remaja berusia antara enam dan 16 ini dilihat mengambil bahagian dalam pelbagai latihan ketenteraan termasuk simulasi penangkapan askar Israel.
Adakalanya kanak-kanak ini diberi senapang AK47 yang lebih besar daripada saiz tubuh kanak-kanak itu untuk membiasakan mereka menggunakan mengendalikan senjata berkenaan.
Usia tidak menghalang kumpulan kanak-kanak ini merangkak di bawah pagar berduri.
1. "Peluang" Hanya Sekali
2. "Rahsia" Untuk Wanita
3. "Rahsia" Buat RM2 Setiap Saat
4. Voucher Untuk Di Menangi
5. Rahsia "Sempoi" Tapi Bernilai
6. Satu Minit Yang Sangat Berharga
7. Rahsia Untuk Kulit Cantik Menawan
Source: Sinar Harian
btp bersyukur & beruntungnyer kita lahir di malaysia yer
ReplyDeleteMereka tinggal di negara yg ditindas, semangat perjuangan begitu tinggi demi agama,bangsa dan negara. Merekalah pejuang yg akan mempertahankan Al-Aqsa...Allahuakbar!
ReplyDeleteSuasana tu membuatkan kita lebih matang dpd usia sebenarkan...
ReplyDelete