Ayah Tiri Zalim Macam Binatang


 Budak didera bapa tiri
KEADAAN kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang cedera dipercayai akibat didera ayah tirinya.

Tangisan seorang budak lelaki berusia tujuh tahun, yang didengar jiran, telah menyelamatkannya daripada terus menjadi mangsa kezaliman seorang ayah tiri zalim yang tak berperikemanusiaan. Budak lelaki yang berasal dari Taman Perumahan Gong Badak, Terengganu itu menderita kelaparan selepas beberapa hari dikurung sendirian tanpa diberi makan dan minum.

Budak didera bapa tiri
 Keadaan kaki mangsa yang cedera teruk

Lebih menyayat hati, ketika diselamatkan polis kira-kira jam 4.30 petang kelmarin mangsa ditemui dengan kesan cucuhan puntung rokok di badannya dipercayai akibat didera, selain kedua-dua kaki melecur serta bernanah. Kanak-kanak lelaki itu juga berada dalam keadaan yang sangat lemah akibat kelaparan serta kesakitan.

Siasatan awal mendapati mangsa didera dan dikurung bapa tirinya yang dikahwini ibunya berusia 29 tahun sejak 10 bulan lalu selepas kematian bapa kandung kira-kira dua tahun lalu.Turut berjaya diselamatkan, dua lagi adik mangsa dan hasil pemeriksaan awal juga mendapati kedua-duanya mempunyai kesan dera dan dihantar ke HSNZ bagi pemeriksaan lanjut.

Hmmm...kenapalah zalim sangat manusia ni..

1. Rahsia Cinta Sejati
2. "Peluang" Hanya Sekali
3. "Rahsia" Untuk Wanita
4. "Rahsia" Buat RM2 Setiap Saat
5. Rahsia "Sempoi" Tapi Bernilai    

6. Satu Minit Yang Sangat Berharga      
7. Rahsia Untuk Kulit Cantik Menawan   

Source: Metro Online 

Comments

  1. sebak baca, zalimnyer manusia yang memperlakukan kanak2 sedemikian rupa

    ReplyDelete
  2. Yang ada anak didera, kenapalah?...yg xde mcm saya ni mengharap sepanjang masa...

    ReplyDelete
  3. Memang zalim KA...binatang pun sayang anak kan..

    ReplyDelete
  4. Aikk!! mana mak dia ini...adussss...
    Aku sedih bila baca berita macam ini

    ReplyDelete
  5. Mak dia ada, kena dera jugak..tapi tak taulah kenapa boleh jadi macam ni...

    ReplyDelete
  6. Tulah....kalau dah pengaruh dadah...gitulah jadiknya

    ReplyDelete
  7. Itulah yang selalunya berlaku Okje...yang tak bernasib baik selalu jadi mangsa..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat