Fenomena 'Supermoon' Hari Ni

 http://www.core77.com/blog/images/2013/06/supermoon-01.jpg
 Supermoon

Fenomena bulan paling hampir ke bumi, yang dikenali sebagai Preigee atau Supermoon, akan dapat disaksikan pada malam ini, demikian menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa).

Menurut kenyataan Angkasa, orang ramai akan dapat melihat bulan yang 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah berbanding fenomena bulan penuh biasa.

"Kita dapat saksikan bulan berada pada fasa penuh dan uniknya bulan penuh, kali ini merupakan bulan penuh yang paling hampir dengan bumi, dengan jarak 356,989 kilometer," katanya.

Kenyataan itu menyebut keadaan ini berlaku kerana bulan mempunyai orbit yang sedikit bujur bukan berbentuk bulat sempurna, dan ini menyebabkan jaraknya dengan bumi sentiasa berubah-ubah.

Selain itu, antara kesan jarak bulan yang dekat ialah perbezaan pasang dan surut air laut agak tinggi berbanding kebiasaan, katanya.

Tahun ini, jarak paling jauh antara bulan dan bumi ialah pada 7 Julai, iaitu fasa bulan baharu dengan jarak 406,491 kilometer.-BERNAMA

Comments

  1. TQ info ni Raudzah.....sok jangan lepaskan peluang pandang bulan tak berkelip hehe

    ReplyDelete
  2. supermoon n malam nisfu syaaban :) nicee

    ReplyDelete
  3. You are most welcome Okje & Mama rey..

    Yup Hafrizah..semoga lebih keberkatannya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat