Jerebu & Kesan Buruk Ke atas Manusia
Jerebu yang serius
Keadaan jerebu yang melanda Singapura, Indonesia dan Malaysia sebenarnya berada di tahap kritikal. Di Malaysia aje bacaan IPU di beberapa tempat telah melepasi tahap bahaya dengan bacaan melebihi 500. Memang Serius !!!
Jerebu ni bukan hanya sekadar mencemar ruang udara, tapi yang lebih serius kesan jerebu ke atas kesihatan kita. Antaranya jerebu boleh mengakibatkan:
2. Serangan jantung
3. Gatal-gatal pada tekak
4. Gatal-gatal pada mata
5. Jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan
6. Gatal-gatal pada kulit
So bagi memastikan kesihatan kita terjaga, ikutilah beberapa arahan yang telah di keluarkan oleh pihak yang bertanggungjawab. Antaranya:
1. Penutup hidung (nasal mask) mesti digunakan jika indeks pencemar udara (IPU) melebihi 200.
2. Bagi mereka yang berisiko tinggi seperti pesakit
lelah, jantung dan paru-paru serta warga emas dan kanak-kanak, gunakan lah penutup hidung walaupun IPU lebih rendah daripada itu.
3. Kita juga dikehendaki minum air sebanyak yang boleh, basuh bahagian
tubuh terdedah kepada jerebu dan kurangkan aktiviti di luar rumah.
4. Untuk perokok tegar, anda dilarang untuk merokok apabila keadaan udara berada pada tahap tidak sihat iaitu IPU melebihi 100. Jangan tambahkan jerebu disekeling kita k.
P/s: So take care everyone. Ingat ini juga pastinya dugaan dari ALLAH SWT. Berdoalah semoga semuanya kembali seperti sediakala.
Jagalah kesihatan, mencegah itu lebih baik dari mengubati..
ReplyDeleteyg penting jaga diri yer !
ReplyDeletesama-sama jaga kesihatan dan mudahan kita tabah hadapi ujian dari Allah.
ReplyDeleteSemoga jerebu ini cepat selesai yek !
ReplyDeletebila berjerebu ...rasa mcm sesak pulak dada ni...
ReplyDelete