Kemalangan Ngeri di Lebuh Raya Persekutuan, Korban Tiga Sahabat
Kegembiraan empat pelajar universiti bersiar-siar di
sekitar bandar ini selepas mengunjungi Taman Tema i-City Seksyen 7 di
sini tidak berpanjangan apabila tiga daripadanya maut manakala seorang
lagi cedera ringan selepas kereta Perodua Viva yang mereka naiki
terlibat dalam kemalangan ngeri semalam.
Tragedi menjelang Subuh pada pukul 5.15 pagi di Kilometer 14.5 Lebuh
Raya Persekutuan di sini itu mengakibatkan Adam Ab. Rahman, Ameer Asyraf
Sulaiman dan Nurul Maizura Maidan maut di tempat kejadian. Adam
merupakan pemandu kereta manakala dua lagi berada di tempat duduk
belakang.
Seorang lagi mangsa, Nurfarina Mokhtar yang berada di tempat duduk
penumpang hadapan cedera ringan. Kesemua mereka yang berusia 18 tahun
baru dua minggu belajar di universiti.
Adam merupakan pelajar Diploma Pengajian Sukan di Kampus Universiti
Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang; Ameer (pelajar asasi jurusan
perakaunan di UiTM Shah Alam), Nurul Maizura (pelajar asasi Sains
Pertanian, Universiti Putra Malaysia) dan Nurfarina (pelajar asasi
Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua, UiTM Shah Alam).
Tragedi di mana2 ye skang ni !
ReplyDelete