Mengapa Kucing Lebih Bersih Daripada Manusia ?
DIRIWAYATKAN bahawa Nabi Muhammad SAW mempunyai seekor kucing diberi
nama Mueeza. Salah satu sifat Mueeza yang paling Nabi suka ialah Mueeza
selalu mengiau ketika mendengar suara azan, seolah-olah seperti
mengikuti alunan suara azan. Nabi berpesan kepada para sahabatnya untuk
menyayangi kucing peliharaan seperti mana menyayangi keluarga mereka
sendiri.
Pernah juga Nabi mahu mengambil jubahnya dan Mueeza sedang tidur di
atasnya. Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza daripada
jubahnya supaya tidak menganggu Mueeza. Selepas Nabi pulang ke rumah,
Mueeza terbangun dan pergi merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai
balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan
kucing itu sebanyak tiga kali. Nabi menekankan dalam beberapa hadis
bahawa kucing itu tidak najis.
Mengapa Rasulullah SAW mengatakan bahawa kucing suci dan tidak najis?
Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak telur
bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot
manusia.
Permukaan lidah kucing ditutupi oleh bonjolan kecil yang runcing.
Bonjolan ini bengkok mengerucut seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini
sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada
setitik cecair yang jatuh daripada lidahnya.
Lidah kucing juga merupakan alat pembersih yang paling
canggih. Permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan
membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya. Itu yang kita lihat
kucing selalu menjilat-jilat badannya, sebenarnya ia membersihkan
bulunya.
Komen doktor
Menurut Dr. George Maqshud, ketua makmal di Hospital Haiwan
Baitharah, bakteria jarang sekali dijumpai pada lidah kucing.
Jika bakteria itu ada, maka kucing akan sakit. Manakala Dr. Gen Gustafsiri mendapati bahawa bakteria yang paling
banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia.
Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur
untuk pertumbuhan bakteria, terlebih pada genangan air (lumpur, genangan
hujan dan lain-lain). Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak
banyak berjemur dan tidak berada dekat dengan air. Tujuannya agar
bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak
adanya bakteria pada tubuh kucing.
Daripada hasil kajian perubatan dan percubaan yang telah dilakukan di
makmal haiwan, didapati bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan.
Ia lebih bersih daripada manusia.
info menarik ni tq share yer
ReplyDeleteheheh... patutlah tmbul ayat 'kucing takut air' :)) baru tahu nama kucen kesayangan baginda :)
ReplyDeletegud info...
ReplyDeleteYou are most welcome KA
ReplyDeleteKita pun baru tahu Aisya
Thanks Noe
menarik..tq info ni..
ReplyDelete