Gadis Bergaun Merah "Icon" Protes di Turki
Gadis gaun merah ikon protes
Kemunculan gadis bergaun merah bersama tas tangan bewarna putih, di perhimpunan di Gezi Park, di Turki mencuri perhatian dunia apabila beliau kini di iktiraf sebagai "Ikon Protes".
Gelaran ikon protes itu diperoleh oleh wanita dikenali sebagai Ceyda
Sungar selepas wajahnya dirakam lensa kamera apabila berdiri teguh
ketika disembur dengan gas pemedih mata oleh anggota keselamatan bagi
menyuraikan perhimpunan di Gezi Park.
‘Kekebalan’ wanita degil itu kemudiannya dipolitikkan kumpulan aktivis
wanita bagi menunjukkan kepada dunia betapa kerajaan Turki kejam
menggunakan kekerasan terhadap wanita dan peserta demonstrasi.
Aksi ‘wanita berbaju merah’ itu juga dilihat sebagai usaha mencabar
Erdogan yang ingin 'membersihkan' wanita daripada memakai pakaian
mencolok mata berbanding usaha Ataturk yang selama ini membenarkan
wanita menggunakan hak mereka untuk bebas berpakaian, bergaul antara
lelaki dan wanita tanpa batas.
Usaha mengubah wanita bukan tertakluk kepada pemakaian sahaja, Erdogan
juga berusaha membataskan pergaulan wanita dengan lelaki, mengenakan
arahan memakai tudung di majlis tertentu dan mengharamkan pengguguran di
Turki.
Kesemua perubahan yang ingin di bawa
Erdogan itu wajar disokong kerana berlandaskan syariah Islam.
dah macam lady in red pulak hehehe
ReplyDeletemisteri ke ?
ReplyDeleteair pancut tu mcm x cukup kuat jer...usaha untuk menuju ke arah kebaikan seperti Erdogan pasti akan mendapat tentangan...wanita yg dikatakan sbg ikon protes ... sama seperti model wanita untuk sebuah kereta ... ianya dijadikan sebagai daya penarik
ReplyDelete