Misteri Kematian Angkasawan Yuri Gagarin Terbongkar

Rahsia Kematian Yuri Gagarin, Terbongkar

Kematian angkasawan Yuri Gagarin terjawab
Kapsul Gagarin ketika berada di angkasa pada 1961

Kematian Yuri Gagarin, angkasawan Rusia, yang merupakan individu pertama mengorbit bumi pada tahun 1961, telah mencetus pelbagai teori konspirasi. 

Ada menyifatkan beliau dibunuh atas arahan pemimpin Soviet, Leonid Brezhnev kerana membocorkan rahsia kerajaan, ada juga berpendapat, Gagarin membunuh diri dan tidak kurang juga mengatakan, pesawat beliau menjadi mangsa dendam Objek Terbang Yang Tidak Dikenali (UFO) ketika berada di angkasa.

Aleksey Leonov
Aleksey Leonov

Akhirnya, setelah 40 tahun menyimpan rahsia, rakan karib beliau Aleksey Leonov, tampil membuat pendedahan punca sebenar kematian Gagarin. Beliau menjelaskan, ketika latihan penerbangan di Pusat Latihan Penerbangan Rusia, terdapat sebuah pesawat pejuang SU-15  (dirahsiakan pemandunya) tidak dibenarkan melakukan latihan, namun juru terbang itu berdegil untuk terus melakukan latihan penerbangan.

Pesawat itu terbang hampir dengan pesawat Gagarin. Malangnya juruterbang itu tidak mengikut syarat penerbangan ditetapkan apabila menurunkan had ketinggian penerbangan mencecah 450 meter. Akhirnya Pesawat itu yang di pandu pada kelajuan super sonik 750 kilometer sejam itu melanggar pesawat Gagarin.

Yuri Gagarin
Yuri Gagarin

Menurutnya, sebelum kebenaran penerbangan diberi, latihan itu sepatutnya dibatalkan kerana cuaca buruk namun, belum sempat di arahkan, kejadian tersebut telah berlaku dan pesawat terbabit terhempas di perkampungan Novoselova.

Leonov adalah merupakan salah seorang daripada panel penyiasat dalam tragedi itu.

1. "Peluang" Hanya Sekali
2. "Rahsia" Untuk Wanita
3. "Rahsia" Buat RM2 Setiap Saat
4. Voucher Untuk Di Menangi
5. Rahsia "Sempoi" Tapi Bernilai    

6. Satu Minit Yang Sangat Berharga      
7. Rahsia Untuk Kulit Cantik Menawan    

Source: Sinar Harian Online

Comments

  1. byk betul versi ceritanyer yer

    ReplyDelete
  2. hanya Allah yg tahu...

    mcm kes Neil Armstrong tu, dengarnya dia masuk Islam, tu sbb media barat tak nak popularkan nama dia

    ReplyDelete
  3. :) menarik! baru tahu je angkawasan ni mati sbb begitu >.<

    ReplyDelete
  4. Betul tu KA..kadang-kadang rasa macam ada konspirasi aje kan

    Yup Ummi, hanya ALLAH aje yang athu which versi yang betul

    Tq Aisya coz sudi baca

    yup izzat, memang banyak versi..boleh bayangkan subjek sejarah tu mungkin macam ni jugak kot

    ReplyDelete
  5. Singgah kejap ni, dpt juga ilmu tentang angkasawan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat