Misteri Patung Purba Bergerak Sendiri
PATUNG Osiris yang misteri.
Pengunjung sebuah muzium di Manchester, gempar apabila sebuah patung purba batu berusia 4,000 tahun dari Mesir, dilaporkan berpusing
perlahan-lahan sehingga 360 darjah walaupun berada dalam kotak kaca
yang dikunci rapi. Mereka percaya, pergerakan patung itu berkait rapat dengan kewujudan semangat dalam objek itu yang cuba keluar dari tempat tersebut. Patung setinggi kira-kira 25.5 sentimeter itu mula
dipamerkan kepada orang awam sejak 80 tahun lalu dan didakwa menjadi
persembahan kepada dewa Osiris.
Menurut Campbell Price, 29, kurator artifak, yang menjadi
individu pertama mengesan keanehan berkenaan, kebanyakan
pakar Mesir purba tidak percaya kepada benda karut. Walaubagaimanapun dia masih
tertanya-tanya bagaimana kedudukan patung itu boleh berubah sendiri.
“Pada satu hari saya dapati patung ini menghadap ke arah lain dan sehari
kemudian, ia beralih ke arah lain.
Teruja dengan kejadian aneh itu, kakitangan muzium telah memasang kamera untuk
merakamkan keadaan patung berkenaan setiap saat selama seminggu. Mereka amat terkejut apabila mendapati patung berkenaan membuat
pusingan 360 darjah. Antara kemungkinan yang mereka dapat fikirkan ialah,
kesan gegaran daripada tapak kaki pengunjung muzium, atau akibat trafik
di luar bangunan.
Bagaimanapun, ianya masih gagal menjawab persoalan sebenar kerana selama beberapa
dekad patung itu diletakkan dalam bekas kaca dan ia tidak pernah
bergerak sendiri. Sesetengah pihak percaya patung itu membawa sumpahan
firaun dan membawa kecelakaan kepada sesiapa yang mencurinya dari kubur
zaman silam. - Agensi
Macam-macam...Ye ke? atau sekadar membangkit isu sebagai satu helah utk promosi...hmmm
ReplyDeletehahaha ke sekadar media speculation
ReplyDeletealamak betul ke ni !
ReplyDeleteHmm tak taulah BM..may be betul maybe hanya promosikan..
ReplyDeleteHa..ha..mungkinlah Fae..tapi kadang-kadang ada jugak kejadian macam ni tau..
Suspen ntak KA..he..he
Seram jugak tu...kalau dah benda lama ada jugak penunggu kot!
ReplyDelete