Pelik Tapi Benar: "Mati" Berkali-Kali

Mati tersepit tingkap sewaktu mengintai jirannya

Biar betul. Dah mati hidup balik. Kemudian mati lagi. Then hidup balik. Then mati lagi. Wow ini betul-betul tak masuk akal. Tapi jangan salah faham k, sebenarnya "Kematian" yang maksudkan adalah hobi "Pelik" seorang lelaki yang dikenali sebagai  Chuck Lamb, 55 tahun. 

Beberapa tahun lalu, gambar beliau yang ditemui mati dalam keadaan tragis iaitu kepalanya tersepit pada tingkap telah tersebar di dalam Internet. Kemudian, semakin banyak gambar kematian pengaturcara komputer dari Ohio ini terus menular di Internet dengan pelbagai punca kematian yang berlainan.

 http://cdn-static.zdnet.com/i/story/50/00/011333/11334.jpg

 "Mati" sewaktu breakfast

Antaranya, gambar Lamb ditemui "mati" digelek lori, terjatuh tangga akibat terpijak mainan anak, mati tergantung akibat tali leher tersangkut pada kipas dan terkelar leher sendiri akibat menggaru leher sambil memegang pisau. Malah ada juga gambar menunjukkan Lamb mati akibat terkena renjatan elektrik ketika mandi dan mati dalam keadaan muka tersembam pada mangkuk sup ayam akibat selesema burung. 

 https://lh6.googleusercontent.com/-LnGDY2TPl8o/TiSumW1MVhI/AAAAAAAAABs/PswNrU2vaGA/w800-h800/chuck2.jpg
  "Mati" tergantung akibat tali leher tersangkut pada kipas

Bagi Lamb, beliau bukannya menipu pasal kematiannya, tetapi itu adalah hobi peliknya iaitu mengambil gambar aksi kematian yang dilakonkan sendiri dan kebanyakannya berunsurkan komedi. Dan hobi bapa kepada enam orang anak ini disokong kuat oleh isterinya, Tonya, yang akan menyediakan darah palsu malah mengambil gambar aksi suaminya lalu memuat-naik gambar tersebut dalam laman web mereka, www.deadbodyguy.com. 
 
Ujar Lamb, perbuatan menayangkan gambar cara kematiannya adalah sebagai satu cara dia mengabadikan dirinya. Ia juga kerana dia mahu mencari peluang untuk bergelar pelakon walaupun sekadar watak mayat. Terangnya, dia sedar fizikalnya bukanlah idaman para pengarah dengan kulit yang pucat, kepala botak dan tiada bakat berlakon. 

 http://static.klix.ba/media/images/vijesti/101221095.1_mn.jpg
 "Mati" semasa membaca

Hobinya itu benar-benar menjadi kerana dalam tiga minggu sahaja, laman web miliknya ditonton seramai 300,000 pelayar Internet di seluruh dunia dan dia mula dijemput menghadiri temubual radio, televisyen dan surat khabar. Sekarang, lebih 50 juta telah melayari laman web miliknya itu. Malah, cita-citanya turut tercapai apabila dia turut dipanggil berlakon sebagai pelakon tambahan pada beberapa buah drama dan filem!

p/s: Wah nampaknya rezeki Lamb lebih kelihatan apabila dia sudah "Mati"’.

1. "Rahsia" KLIA
2. "Peluang" Hanya Sekali
3. "Rahsia" Untuk Wanita
4. "Rahsia" Buat RM2 Setiap Saat
5. Rahsia "Sempoi" Tapi Bernilai    

6. Satu Minit Yang Sangat Berharga      
7. Rahsia Untuk Kulit Cantik Menawan     

Extract From: Utusan Malaysia Online

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat