Pulau "Neraka Dunia"
- Get link
- Other Apps
Pulau Socotra terletak 354 kilometer dari Yemen. Socotra dalam bahasa kuno Sanskrit bermaksud 'pulau kebahagiaan'. Namun, ada beberapa pihak yang menggelarnya sebagai 'Neraka Dunia'
kerana kepelikan dan ciri-ciri eksotik yang terdapat di pulau tersebut.
Anatara pokok-pokok yang berwajah aneh.
Source: Google
Source: Google
Source: Google
Binatang-binatang disini juga di katakan agak aneh kerana saiznya yang lebih besar daripada biasa.

Source: Google

Source: Google
Sarat dengan khazanah flora dan fauna, Socotra mula dikunjungi para saintis dari seluruh dunia sejak beberapa tahun yang lalu untuk melakukan penyelidikan saintifik. Ratu Balqis yang pernah mempunyai kerajaan di tanah Arab dan hidup pada zaman Nabi Sulaiman pernah meneroka pulau tersebut. Penjelajah terkenal, Iskandar Zulkarnain dan pengembara termasyhur, Marco Polo juga pernah meneroka pulau yang dihuni hanya seramai 40,000 orang itu.
Pokok Darah Naga
Sebenarnya, tumpuan para saintis dan pelancong yang melawat pulau itu
adalah kerana terdapat ratusan pokok yang dikenali sebagai pokok Darah
Naga. Pokok itu berbentuk seperti payung atau persis cendawan. Namun,
saiznya cukup besar untuk memayungi beberapa orang yang mahu berlindung
daripada cahaya panas terik matahari. Ia dikenali sebagai pokok Darah Naga kerana getahnya berwarna merah.

GETAH pokok Darah Naga berwarna merah seperti darah.
Segelintir penduduk tempatan percaya getah pokok itu mampu menyembuhkan penyakit berkaitan kulit selain dijadikan pewarna semula jadi. Pada zaman pertengahan, pokok itu digunakan dalam amalan ritual sihir penduduk pulau tersebut.
GETAH pokok Darah Naga mempunyai nilai perubatan yang tinggi.
- Get link
- Other Apps
ekh...baru tau ttg kwujudan pulau 'kebahagiaan' ni >.<
ReplyDeleteWelcome to Pulau Kebahagiaan Aisya...he..he
ReplyDeletewah baru tau kewujudan pulau ini juga ! tq share yer
ReplyDeleteYou are most welcome KA
ReplyDeletehoo.. ada yea pulau mcm ni... apa2 pun pokok darah naga tu nampak menarik..
ReplyDeleteTadi nampak pokok yg mcm mushroom tu kat TV terus teringat entri Raudzah ni hehe
ReplyDelete