Remaja Melayu Hanyut Di Pesta Buih

SEBAHAGIAN daripada pengunjung sebuah pub yang ditahan selepas pihak berkuasa menyerbu pesta liar mandi buih di Jalan Yap Kwan Seng semalam.



Serbuan pihak berkuasa di sebuah pub pada jam 12.30 malam, di Jalan Yap Kwan Seng kelmarin, menyaksikan seramai 47 remaja Melayu sedang hanyut melakukan aksi sumbang sambil mandi buih di dalam sebuah pesta parti liar.

Apa yang lebih memeranjatkan pihak berkuasa, apabila tiga daripada mereka merupakan pelajar perempuan tingkatan lima yang didapati turut terkinja-kinja dengan seluruh badan dilitupi buih. Baju yang dipakai lencun hingga menampakkan susuk tubuh mereka. Ketika diserbu, kesemua mereka sedang asyik menari mengikut alunan muzik rancak sambil tubuh mereka diselaputi buih serta memakai pakaian seksi seperti bikini.

Difahamkan, daripada jumlah itu, 38 merupakan lelaki manakala bakinya perempuan berusia antara 17 hingga 30 tahun. Mereka dikehendaki membayar RM40 untuk menyertai parti liar tersebut. Parti itu sering dianjurkan di premis berkenaan tetapi ia tidak khusus pada hujung minggu sahaja. Penganjur akan mengadakan parti berkenaan pada hari-hari tertentu mengikut permintaan pelanggan tetap. 

p/s: wajah generasi baru ?

Comments

  1. inilah Dunia akhir zaman carlos..

    ReplyDelete
  2. erm..macam-macam la dorang ni..buat la parti yang sebaiknya kalau nak berparti sangat..

    ReplyDelete
  3. Hish.... buat malu mak ayah je...takutkan budak2 sekarang ni terlampau sosial sangat

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat