‘Rezeki’ anak dalam kereta

Georgetown: “Pada mulanya saya tak percaya mayat yang dilihat dalam runtuhan itu abang saya. Keadaannya teruk dan menyayat hati, namun selepas melihat kad pengenalan yang diambil dari poket seluarnya, hati saya luluh sebelum tiba-tiba pengsan selepas mendapati dia abang saya,” kata Laldin Zainal Abidin, 39, adik kepada Tajuddin, 45, yang maut dalam kejadian runtuhan konkrit Jambatan Kedua Pulau Pinang, petang Khamis lalu.

Laldin yang juga adik bongsu daripada tiga beradik itu berkata, ketika mahu membuat pengecaman mayat, hatinya berdebar-debar, namun reda dengan apa yang akan berlaku. Katanya, ketika dibawa masuk ke dalam runtuhan itu mayat abangnya yang dipanggil ‘Abang Ti’ rapat dengan papan pemuka kereta Kelisa yang sudah remuk.

“Sukar saya gambarkan keadaan abang Ti ketika itu. Mayatnya teruk dan menyayat hati dan lebih menyedihkan, saya turut menemui makanan yang dibeli untuk anaknya di dalam kereta,” katanya ditemui selepas tersedar dari pengsan dan menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Pulau Pinang (HPP) awal pagi semalam.

 
EFFENDI (kanan) memujuk Laldin yang baru tersedar dari pengsan di HPP, semalam. 

Menurutnya, sebelum kejadian, dia bersama kakak ipar, Shariffah Ramli, 40, membuat laporan di Balai Polis Batu Maung selepas arwah tidak pulang sejak petang Khamis lalu, selain terdengar berita polis meminta waris keluarga yang hilang membuat laporan.

Comments

  1. Dah ajal dgn cara mcm tu..sdih gak kalu kene kat kita

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat