Unik: Ikan hidup sembuhkan Asma

Telan ikan hidup untuk sembuhkan asma


 
SEORANG wanita menelan ikan hidup bersama ubat herba di bandar Hyderabad, India semalam.- AP



HYDERABAD - Beribu-ribu pesakit asma dari seluruh negeri Andhra Pradesh dan beberapa negeri lain di India beratur untuk mendapatkan rawatan ikan hidup, lapor laman berita ZeeNews. Mereka percaya rawatan kontroversi itu melibatkan pesakit menelan sejenis ikan sardin hidup itu dapat menyembuhkan penyakit tersebut. Rawatan ikan itu dikendalikan oleh Keluarga Goud Bathini di 32 kaunter di Dataran Pameran di sini.

Mereka mula mengagihkan ikan sardin hidup itu selepas satu upacara pada waktu tengah hari kelmarin dan berterusan sehingga tengah hari semalam. Ubat tersebut merangkumi pes herba berwarna kuning yang ditelan bersama seekor ikan hidup. Keluarga Goud memberitahu, ubat itu hanya berkesan jika ditelan bersama ikan hidup untuk menyembuhkan asma jika dilakukan selama tiga tahun.

Walaupun dianggap kontroversi, rawatan tersebut menarik kehadiran beribu-ribu sakit. "Saya datang ke sini untuk kali kedua. Penyakit asma saya berkurangan selepas mengambil ubat tersebut. Saya berharap saya akan sembuh," kata seorang pesakit dari bandar Kurnool, Ramakrishna Reddy.

Menurut beberapa pegawai Jabatan Perikanan, mereka membekalkan sejumlah 50,000 ekor ikan untuk acara rawatan tahunan itu. Keluarga Goud mendakwa formula rahsia untuk ubat herba itu diberikan kepada moyang mereka oleh seorang keramat selepas moyang mereka bersumpah untuk mengagihkannya secara percuma. - Agensi 

Comments

  1. Macam2...inilah bila hidup tanpa pegangan.

    ReplyDelete
  2. Macam macam orang sanggup lakukan...janji boleh sembuhkan penyakit yg ditanggung...ialah...sebagai jalan alternatif

    ReplyDelete
  3. aaa pernah baca cerita tentang ini !

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat