Haram Menyentuh & Memelihara Anjing ?
Kedudukan Anjing Dalam Islam Source: Google Isu kedudukan anjing dalam Islam kembali hangat, akibat dari Video Anjing & Aidilfitri yang dilakonkan oleh Chetz Yusuf. Walaupun isu ini bukanlah isu yang baru, tapi ada baiknya kita renung kembali beberapa persoalan dan pandangan ulama terkenal mengenai isu ini supaya kita tidak tersasar jauh. Soalan: Sejak kebelakangan ini terdapat ramai umat Islam di negara ini, terutamanya yang Melayu membela anjing walaupun haiwan itu termasuk dalam kategori najis mughalazzah iaitu jika terkena air liur atau terpegang badan anjing yang basah maka wajib dibasuh dengan air yang bercampur tanah sekali diikuti dengan enam kali air yang bersih. Antara alasan-alasan yang mereka beri: 1) Tidak terdapat dalam al-Quran yang menyatakan orang Islam tidak boleh membela anjing. 2) Rasullullah SAW tidak pernah mengharamkan orang Islam membela anjing. 3) Anjing juga seperti haiwan-haiwan yang lain adalah makhluk Alla...