Skip to main content

Bayi 13 Bulan Nyaris Maut Kerana Kuih Raya

Bayi 13 bulan tersepit mesin pengadun kuih
Anggota bomba membantu mengeluarkan tangan bayi tersebut

Penangan kuih raya. Kejadian bayi/kanak-kanak cedera terkena mesin, minyak panas dsb, banyak kita dengar menjelang hari raya. Kadang-kadang bila terlalu asyik buat persediaan, ada di antara kita yang mengabaikan aspek keselamatan.

Kejadian yang terbaru melibatkan seorang bayi, Mohd Uqshah Iman Ramli, berusia 13 bulan yang nyaris maut atau kehilangan jari apabila tangan kirinya tersepit pada mesin pengadun kuih di sebuah kilang di Taman Utama Bakri, Muar. Dalam kejadian jam 10.30 pagi, beliau dipercayai bermain bersendirian berhampiran mesin pengadun yang dikendalikan oleh ibunya yang berada di atas lantai.

Bayi 13 bulan tersepit mesin pengadun kuih
Maznah cuba memujuk anaknya yang menangis kesakitan

Kejadian hanya disedari oleh ibu bayi tersebut apabila terdengar jeritan beliau yang kesakitan. Tindakan pantas seorang pekerja yang segera menutup suis mesin berjaya menyelamatkan kanak-kanak tersebut dari maut atau kelhilangan jari kiri. Namun, tangan kiri serta mulutnya bengkak serta berdarah kerana semasa kejadian, badan beliau bergerak sama mengikut mesin itu yang sedang berpusing menyebabkan mulutnya terhantuk sebelum berdarah dan bengkak.

Tiga anggota bomba yang datang membantu terpaksa mengambil masa kira-kira 20 minit untuk membuka skru sebelum tangan anak berjaya ditarik keluar.

p/s: Hati-hati semua. Jangan nanti hanya kerana kuih raya, ada yang menyesal seumur hidup.

Comments

  1. eshhh kecuaian ibunye juga. syukur budak tu sempat diselamatkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah fae..Macammanalah budak kecil boleh dibenarkan merayap-rayap dalam kilang..bahaya..

      Delete
  2. Astagfirullah.. sibuk2 nk buat kuih tu baguslah, tp mesin2 spt tu letak atas lantai mmg mengundang bahayalah klu ada budak2 kecil.. Agaknya dia org pun tak terlintas smpi boleh jadi mcm tu. Nasib baik btul x hancur tngn mcm insiden2 mercun atau pun kematian. Klu x mesti setiap waktu terlihat kuih raya & time raya teringat je.. Entri yg baik sbg peringatan.. Thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly Khir..nasib baik sedar cepat..kalau tak..hmm..hancur tangan. Kalau jadi macam tu sure forbia punya kan..

      Delete
  3. Tulah budak 13 bulan ni mmg tgh lasak!

    ReplyDelete
  4. Ya Allah, kena lah hati2 dgn benda2 macam ni !

    ReplyDelete
  5. kesian budak tu..nasib baik juga cepat disedari..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat