Bersahur dan Yahudi
Keberkatan Sahur
Rasulullah s.a.w. amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu. Sabda baginda s.a.w.,
Bersahurlah
kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat
keberkatan. (Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum,
hadis no. 1923)
Maksud keberkatan itu ialah wujudnya ganjaran serta pahala yang besar
dalam ibadah sahur tersebut. Selain itu, ia menjadi sebab untuk orang yang berpuasa bersedekah
kepada orang lain, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu
yang mustajab dan memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang
belum sempat berniat puasa sebelum tidur. (Rujuk al-Hafiz Ibn Hajar
al-Asqalani, Fath al-Bari, Jil. 11, hal. 120)
Antara hikmah disyariatkan bersahur adalah untuk membezakan antara
ibadat puasa orang Islam dengan ibadat puasa orang Yahudi dan Kristian
(ahli kitab). Sabda Rasulullah s.a.w.:
Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita
dan puasa ahli kitab ialah makan sahur. (Riwayat al-Tirmizi dalam Sunan
al-Tirmizi, Kitab al-Shaum, hadis no. 643)
Oleh itu, Nabi s.a.w. amat menitikberatkan umatnya untuk bersahur
walaupun dengan hanya meminum seteguk air. Sabda Baginda s.a.w.: Makan
sahur ada keberkatan.
Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun
salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah
dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur.
(Riwayat Ahmad di dalam Musnad Ahmad, hadis no. 10664)
Sebenarnya, kita dibenarkan bersahur sehingga fajar terbit, iaitu sehingga azan solat Subuh dilaungkan. Sabda Rasulullah s.a.w.:
Kamu semua boleh makan dan minum sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan
azan kerana sesungguhnya dia tidak akan melaungkan azan (melainkan)
hingga fajar sodiq benar-benar telah terbit. (Riwayat Bukhari dalam
Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1919)
Hadis ini secara tidak langsung membantah pendapat sesetengah pihak
yang tidak membenarkan makan dan minum apabila telah masuk waktu imsak.
Apatah lagi Allah menegaskan bahawa dibenarkan makan dan minum sehingga
terbit fajar, iaitu sehingga azan Subuh sedang dilaungkan.
Firman Allah s.w.t.:
Makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada
kamu benang putih (cahaya siang) daripada benang hitam kegelapan malam),
iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu
malam (Maghrib). (al-Baqarah: 187)
Waktu yang terbaik untuk makan sahur adalah lebih kurang sama dengan
kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga
20 minit sebelum azan solat Subuh dikumandangkan.
Menurut Anas r.a., Zaid bin Thabit r.a. berkata,
Kami makan sahur
bersama Nabi s.a.w., kemudian Baginda berdiri untuk solat. Aku berkata:
Berapa lama antara azan dan sahur? Baginda menjawab: Kira-kira
(membaca) lima puluh ayat. (Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari,
Kitab al-Shaum, hadis no. 1921)
Hadis ini digunakan oleh mereka yang berpendapat bahawa waktu imsak
itu adalah 10 minit sebelum terbit fajar. Apabila masuk waktu imsak maka
seseorang tidak boleh lagi makan dan minum.
Namun tafsiran yang benar terhadap hadis tersebut ialah Rasulullah
s.a.w. langsung mendirikan solat Subuh setelah baginda makan sahur.
Kadar membaca 50 ayat al-Quran antara azan subuh dan sahur bukan waktu
imsak seperti yang disangka oleh mereka, tetapi ia adalah kadar waktu
Nabi s.a.w. memulakan dan mengakhirkan sahur Baginda.
1. Sekiranya seseorang bangun awal untuk bersahur, tentu sekali
setelah selesai bersahur dia akan kembali ke tempat tidur. Hal ini
memungkinkan seseorang itu meninggalkan solat Subuh.
2. Mengakhirkan bersahur juga boleh menambahkan kekuatan bagi orang
yang berpuasa. Sekiranya seseorang bersahur terlalu awal maka ia akan
menyebabkan seseorang itu cepat berasa lapar, dahaga dan keletihan pada
siang harinya.
sy lagi 30 minit nak dekat imsak baru panaskan lauk heee..salam berpuasa ya sis
ReplyDeleteselamat berpuasa to you too suri..
Deletethx 4 sharing
ReplyDeleteYou are most welcome KA..
Deletetq sharing this yer !
ReplyDeleteYou are most welcome KA..
DeleteNice sharing.. :-)
ReplyDeleteBetul jugak tu.... Kalau tidur balik harus terbabas! Hehe
ReplyDelete