Skip to main content

Guantanamo: Penjara Terkejam Di Dunia

Guantanamo dilabel penjara terkejam dunia
Tindakan kejam tentera AS ke atas tahanan

Apabila kita menyebut Kem tahanan "Guantanamo" pasti ramai yang dapat membayangkan kejadian-kejadian ngeri dan kejam yang berlaku di sana terutamanya ke atas banduan-banduan beragama islam, akibat kerakusan kuasa AS. Tahanan di Penjara itu dilaporkan, dikawal rapi sehingga setiap percakapan mereka dipantau dari Pentagon.

Omar Deghayes, bekas tahanan Libya berkata, setiap hari ada sahaja seksaan berlainan dilakukan ke atasnya oleh tentera AS. Matanya pernah disembur dengan serbuk lada. Bukan itu sahaja, malah mereka turut menjolokkan jari yang dipenuhi serbuk lada ke matanya. Muka beliau juga pernah dilumur dengan najis, dikenakan renjatan elektrik, dibogelkan dalam cuaca sejuk serta dibiarkan kelaparan selama 40 hari.

 http://www.uruknet.de/pic.php?f=2006_the_road_to_guantanamo_tv_004.jpg
Source: Goggle

Seorang lagi bekas tahanan yang enggan dikenali juga berkata, beliau melihat seorang askar menembak dan membenamkan banduan ke dalam air. Malah, penghinaan paling menyedihkan apabila al-Quran disumbat ke lubang tandas. Dia juga pernah melihat sendiri seorang tahanan bernama Abdul Malik berasal dari Itali diseksa sehingga mati.

 http://www.freedomsphoenix.com/Uploads/Graphics/338/11/338-1116223631-torture-cell.jpg
Source: Google

Bercerita tentang kisah penghinaan terhadap al-Quran, bekas tahan berasal dari Pakistan, Abdurahim mempunyai cerita. Menurutnya, penghinaan terhadap al-Quran di Penjara Guantanamo oleh tentera AS merupakan aktiviti rutin, khususnya pada hari pertama tahanan Islam memasuki penjara. Mereka membuang kitab suci itu ke atas tanah serta memijak-mijaknya.

http://www.indymedia.org.uk/images/2005/03/306456.jpg
 Source: Google

Tidak hanya seksaan secara fizikal yang dialami oleh para tahanan, tentera AS juga melakukan tekanan secara psikologi dengan pelbagai bentuk penghinaan. Muhammad Al Qahthani, tahanan dari Arab Saudi menceritakan, dipaksa menggunakan pakaian dalam wanita dan menari dengan  tahanan lain. Selain diseksa dan dimalukan, askar AS juga melayan mereka seperti seekor binatang. Beliau juga pernah dirantai tangan dan kakinya seperti kedudukan janin dalam perut, ketika disoal siasat. Di sana tidak ada kerusi, makanan atau air. Kebanyakan mereka sudah terkencing atau buang air besar dan dibiarkan lebih daripada 24 jam.


Extract from: Sinar Online

Comments

  1. salam. jahat tul tentera amerika ni. Mereka pasti akan diseksa di neraka jahanam nanti. BTW, done follow here.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam abe kie..memang kejam dia orang tu..and thanks yan sudi ziarah and follow blog santai

      Delete
  2. Ya Allah tak de berperikemanusiaan langsung...
    Siannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zalim okje..boleh bayangkan kesengsaraan tahanan kat sanakan..

      Delete
  3. tak sanggup pula nak baca..kejam betul cara dorang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. That's why mama..moga ada balasan dunia untuk mereka..

      Delete
  4. pasti ada balasan untuk mereka semua...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat