Apabila Baik Pulih Pusara P Ramlee Hukumnya Haram
Beginilah keadaan pusara P.Ramlee yang roboh akibat dihempap pokok pada Mac lalu.
Gambar: Utusan Malaysia
Kadang-kadang manusia ni pelik. Yang sepatutnya diberi prioriti ditinggalkan, dan yang tak sepatutnya diberi keutamaan. Begitu jugalah dengan apa yang berlaku ke atas pusara P.Ramlee yang roboh akibat dihempap pokok pada Mac lalu. Tindakan pihak Finas yang ingin membelanjakan sebanyak RM25,000 untuk membaik pulih pusara tersebut adalah dianggap keterlaluan. Perbuatan tersebut telah jatuh dalam kategori Haram dalam Islam.
Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, Islam
mengharamkan sesebuah pusara itu dihias secara berlebih-lebihan apatah
lagi pengubahsuaian itu dilakukan di atas sebuah tanah wakaf. Walaupun matlamat pihak yang mahu menghias sebuah pusara
itu sebagai ingin mencantikkan tempat berkenaan tetapi biarlah hiasan
pusara dapat memberi manfaat seperti menanam pokok-pokok renek yang
akan mendoakan si mati agar mengurangkan dosa-dosa kecil mereka semasa
di dunia.
p/s: Kita juga sebenarnya tidak faham dengan tindakan Finas. Alangkah baiknya wang sebanyak itu digunakan untuk membuka maahad tahfiz
P.Ramlee seperti disarankan, kerana ia akan mendatangkan lebih manfaat kepada umat Islam dan
juga si mati sendiri. Moga ada penyelesaian yang baik.
aah.. betol tu. walaupon P Ramlee itu seorang seniman yang banyak berjasa tapi hukum tetap hukum dan perlu di ikuti ^_^
ReplyDeleteisk...macam isu kan...
ReplyDeletebanyak dan besar sangat jumlah RM25K. Memanglah agak keterlaluan...
ReplyDeletedidunia mmg la campak cantik,
ReplyDeletekat akhirat mcm mane?
lebih baik diorg derma kat rumah
anak-anak yatim
dpt jg pahala
jadi satu isu pulak dah kan !
ReplyDeletebetul tu.. nampak membazir jika keterlaluan.. elok besederhana sahaja..
ReplyDeleteMmg betul spt apa yg di cakap tu, semoga roh beliau tenang di sana.. Isshh banyak tu bajet smpi rm25000, dikhuatiri takut menjadi riak kpd yg hidup ni nnti.. Anyway, kita sedekahkan Al Fatihah utk arwah P.Ramlee.. Al Fatihah.. amin.
ReplyDeletenaik baiki sikit2 ok la.. kalu mmg nak buat cam tugu xleh la.. nnt cam jadi pemujaan lak.. artis jew pun.. dia pun manusia biasa.. buat cam org lain sudah le.. hehe
ReplyDeleteSetuju tu, setakat betulkan kubur tu 2000 tak sampai kot....yg lain elok digunakan atas nama jariah si mati....berpanjangan jugak pahalanya
ReplyDeletememe membazir la..baik sedekah ko anak2 yatim...
ReplyDelete