Skip to main content

Di Ragut Ketika Solat

ragut   
Kak Ani (kanan) melakonkan semula bagaimana bahu kirinya disentuh penjenayah ketika sedang menunaikan Solat Isyak berjemaah di sebuah masjid di Chendering.

Di Ragut Ketika Solat

Jenayah dimana-mana, tak mengira tempat dan masa. Kalau sebelum ni, kita hanya mendengar duit tabung masjid dicuri, beg tangan dan barang berharga milik jemaah dilarikan ketika sedang solat, tetapi kini, penjenayah dah makin berani. Orang yang sedang solat pun boleh diragut . Hmmm...

Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Ani, 52, yang nyaris menjadi mangsa ragut oleh penjenayah yang menutup muka dengan tuala ketika beliau sedang menunaikan Solat Isyak berjemaah disebuah masjid di Chendering pada malam Sabtu.

Menurut kak Ani, semasa kejadian, imam sedang membaca surah al-Fatihah untuk rakaat kedua. Ketika sedang khusyuk itu, tiba-tiba bahu beliau sebelah kiri dicengkam dengan kuat sebelum leher diraba oleh penjenayah yang muncul dari arah belakang.

Beliau yang terkejut dengan situasi itu, terus memalingkan muka dan mendapati seorang lelaki bertubuh sasa yang menutup muka dengan sehelai tuala berdiri di belakangnya. Beliau yang terkejut dengan kejadian tersebut terus menjerit menyebabkan penjenayah tersebut melarikan diri.

Jelasnya lagi,  penjenayah yang mengenakan baju T dan berseluar jeans itu mungkin bukan sahaja berhasrat hendak meragut rantai leher dipakainya, tetapi turut mempunyai niat mengambil kesempatan untuk mencabul kerana ketika dia mencengkam bahu, perbuatan awalnya lebih kepada meraba dada sebelum bertindak menarik rantai di leher.

p/s: Bila penjenayah semakin berani, tiada lagi tempat dan masa yang selamat...

Comments

  1. melampau betul.. semakin menjadi-jadi jenayah.. nasib baik beliau tak sempat diapa-apakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Aiza..memang melampau, tak takut Tuhan lansung..

      Delete
  2. ishhhhhh ni yg nak sumpah seranah nih......kalo org melayu meh aku tibai dia kaww2! grrr *telebeh sudah ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah terlebih suda xila..tapi memang geram pun kan...

      Delete
  3. HUK3...>.< adoyai.. bahaya jugak.. kena sllu berhati2.. >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup aisya..manusia sekarang ni dah tahap kritikal..

      Delete
  4. Masyaallah...kat masjid pun ada yg berani...semoga di sambar petir le!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan BM..biar disambar petir...moga insaf lepas tu..

      Delete
  5. Penjenayah laknatullah.. duit punya hal, langsung x mengira tempat..

    ReplyDelete
  6. nk mencuri tak kira tempat.. semoga pencuri tu dpt balasan

    ReplyDelete
  7. Dah target ke atau memang saja buat jerangkap samar ni...
    Hish hish kat masjid pun jadik

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat