PASAR MALAM, lokasi Rohani berniaga ayam sebelum dia maut digilis penjenayah di Taman Serdang Raya, Selangor kelmarin.
Hanya kerana beliau menghalang lorinya daripada di dilarikan, seorang peniaga ayam menemui ajal dalam keadaan menyayat
hati apabila dia digilis oleh sekumpulan lelaki yang bertindak melarikan lorinya
di Jalan Serdang Raya 6/3, Taman Serdang Raya pada hari Selasa.
Dalam kejadian pada pukul 10 malam, dua hari sebelum umat Islam
menyambut Hari Raya Aidilfitri, Rohani Harun, 50, meninggal dunia akibat
cedera parah di dada selepas lebih sejam menerima rawatan di Hospital
Serdang di sini.
Kejadian malang itu berlaku selepas Rohani yang merupakan ibu kepada
enam anak baru sahaja selesai berniaga di pasar malam Jalan Serdang
Raya, kira-kira 500 meter dari tempat kejadian. Ketika kejadian, mangsa memandu lori seorang diri manakala suaminya,
Yahaya Ishak, (gambar kecil) 62, dan anak lelaki mereka, Mohd. Haikal
Hafiz, 8, menaiki kereta berasingan untuk pulang ke rumah di Taman
Serdang Jaya di sini.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias
berkata, mangsa memberhentikan kenderaannya selepas tiga lelaki
berparang memintas lori itu sebelum menarik mangsa keluar. Mangsa cuba menahan lorinya yang dirampas suspek namun penjenayah
itu bertindak kejam merempuh dan menyeret wanita tersebut sebelum
meninggalnya beberapa meter dari lokasi kejadian.
p/s: Alfatihah untuk Arwah
Extract: Kosmo Online
Astagfirullah.. ya Allah kejamnya.. Al Fatihah.. amin.
ReplyDelete