Ngeri: Tangan Hancur, Mata Buta Kerana Mercun
Norsuhaza Akma yang mengalami kecederaan kini ditempatkan di HUSM untuk menerima rawatan susulan.
Walaupun Hari Raya dah hampir dua minggu berlalu, namun kisah mercun,
letupan dan kecacatan masih terus berlaku. Bukan satu, bukan dua dan
bukan tiga. Mengapa jadi macam ni ya...Kita semua tak belajar dari
kesilapan ke?
Dalam kes terbaru, seorang kanak-kanak mengalami kecederaan parah di muka,
mulut, tangan dan beberapa anggota badan dipercayai terkena serpihan
mercun buatan sendiri di rumah neneknya di Kampung Bukit Awang, Pasir
Puteh, Jumaat lalu.
Menurut, ibu saudara mangsa Norsuhaza Akma Mohd Shukri, ketika kejadian
beliau bersama mangsa berada di dapur pada jam 8.45 malam untuk
memasak, tiba-tiba terdengar jeritan mangsa selepas bunyi dentuman kuat
serta asap memenuhi ruang rumahnya. Norsuhaza berkata, beliau terkejut melihat tangan dan muka mangsa
mengalami kecederaan parah apabila beliau cuba menahan satu
objek (mercun buatan sendiri) dari arah lubang dinding dapur rumahnya.
Manakala dalam satu lagi kes di Puchong, kegembiraan tiga kanak-kanak bersaudara bermain mercun
ketupat bertukar tragedi malam kelmarin apabila bungkusan besar
mengandungi bahan berbahaya itu meletup dengan kuat setelah disambar api
lilin yang terjatuh ke lantai.
Peristiwa malang yang berlaku di sebuah rumah teres di Jalan PU/7B,
Taman Tasik Prima Puchong di sini itu menyebabkan salah seorang mangsa,
Aliea Alisyah Abd. Rahim, 8, buta mata kanannya. Keadaannya dilaporkan
kritikal. Dua lagi saudaranya iaitu Nasha Nurkistina Zalmi, 13, dan Mohd. Fadzli Mohd. Yacob, 14, melecur pada muka dan badan.
p/s: Hanya kerana inginkan keseronokan untuk beberapa saat/minit, ada yang menderita seumur hidup..worth it ke?
2. Tawaran Hebat 2013
3. Siapa Cepat Dia Dapat
4. Pertama Di Malaysia
5. Yang Terbaik, Design Cantik
6. Tawaran Menarik, Kena Cuba
Extract From: Kosmo & Sinar Online
2. Tawaran Hebat 2013
3. Siapa Cepat Dia Dapat
4. Pertama Di Malaysia
5. Yang Terbaik, Design Cantik
6. Tawaran Menarik, Kena Cuba
Extract From: Kosmo & Sinar Online
ya allah kesiannye.disebabkan mercun ilang pancaindera kurnian tuhan.semoga kite dijauhkan.aming
ReplyDeleteBetul tu TB..hanya kerana mercun kan..
Deletejust don't get it, dah tau benda2 ni berbahaya why people still want to play it? hu hu hu...jauhilah mercun dan segala bagai yang berkaitan... setiap tahun pasti ada saja berita kecederaan dari mercun...
ReplyDeleteKan Farah..memang tak faham dgn dia orang ni..lagi ditegah, lagi nak buat..akhirnya...
DeleteMmg x berbaloi.. kesannya pula terkesan seumur hidup..
ReplyDeleteExactly khir..
DeleteYa Allah.kesian nya eh....
ReplyDeleteBoleh bayangkan dia orang akan menderita seumur hidup cik akak...
Deletesenang cerita , jgn beli mercun sbb sama jer dgn bakar rm yg susah nak cari ...
ReplyDeletebetul tu Vee..tapi tulah dia orang ni degil, tak beli buat sendiri...
DeleteyaAllah..kesiannya..
ReplyDeletesebab tulah kita tak dibenarkan main mercun..nilah padahnya..
tapi pelik..ada lagi yang masih berdegil..
That's why syuhada...tak tau nak kata apa..
Deleteaaaa.. takut tgk ni !
ReplyDeleteNgeri KA...kesian kan..
Deleteselepas raya banyak pula keluar pasal mangsa mercun ni...
ReplyDeleteingatkan belum raya dan masa raya aje..dah lepas raya pun ada lagi yang nak main..hmmm
DeleteMalang tidak berbau...Bermain mercun menyeronokkan, tapi kalau terjadi tragedi spt ini... Menyesal kemudian tiada berguna
ReplyDeleteBetul tu BM..memang akan menyesal seumur hidup..
DeleteHmm.. Itulah.. Dh tahu berbhya kena lah jauhkan.. Wpun x main tapi dekati klu main tu nmanya cari penyakit.. Hmm.. Pkra biasa bila raya..
ReplyDeleteYang malangnya yang dok cedera macam ni, orang melayu aje maria..bangsa lain tak ada pun nak main mercun segala yang bahay-bahaya tu..hmmm..
DeleteTulah pasal...tak yah le main mercun....menyesal kemudian tak berguna!
ReplyDeleteBetul sgt-sgt Okje..
Deleteastaghfirullah.. semoga menjadi ikhtibar kepada insan lain.. bahayanya akibat bersahabat dengan mercun..
ReplyDeleteYup Aiza..harapkan semua orang oleh belajar bila benda-benda macam ni jadi..tapi tulah..manusia ni ramai yang degil..tak dengar kata..
DeleteTakdir penentu segalanya dan jangan kita salahkan takdir klu perkara ini bole di elakkan...
ReplyDeletepelik betul bdk sekarang nie, selalu jd kes mcm nie, dulu jarang ada kes macam nie, adakah bdk skrg nie x tau cara nk main
ReplyDeleteشركة غسيل مسابح بالدمام
ReplyDeleteشركة نقل العفش بالمدينة المنورة
ارخص شركات نقل العفش بالدمام
شركة غسيل الفلل بالدمام
شركة غسيل كنب بالدمام
نقل العفش بمكة
شركة مكافحة حشرات بالدمام
https://trello.com/jumperads