Terkini di Mesir: Hosni Mubarak Di Bebaskan ?

 http://i2.cdn.turner.com/cnn/dam/assets/120610120655-hosni-mubarak-trial-horizontal-gallery.jpg
 Pemimpin Diktator, Hosni Mubarak

Hosni Mubarak Di Bebaskan ?

Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang digulingkan dalam kebangkitan rakyat pada 2011 akan dibebaskan dari penjara dalam masa terdekat. Hosni, 85 ditangkap serta dipenjarakan atas pelbagai tuduhan, dari rasuah hingga pembabitannya dalam pembunuhan penunjuk perasaan.

Penyelesaian segera kes Hosni yang akan mengambil masa tidak lebih 48 jam juga dilihat mempunyai agenda tertentu. Pembebasan beliau pastinya menyukarkan lagi kemelut politik yang melanda Mesir. 

Al-Sisi tagih darah rakyat
 Ratusan penembak tepat mula ditempatkan di sekitar Kaherah, semalam.

Dalam perkembangan lain, demi menyelamatkan nyawa jutaan rakyat Mesir, Ikhwanul Muslimin mengisytiharkan semua perarakan dan demonstrasi dibatalkan terutama di kawasan panas, Maadi dan Al-Misr Jadidah kerana kehadiran ratusan penembak tepat yang mengambil ruang masing-masing dan hanya menunggu masa untuk melepaskan tembakan.

Perhimpunan di seluruh negara itu masih mempunyai matlamat yang sama iaitu menuntut kuasa Presiden Mohamed Mursi dikembalikan dan mengecam tindakan kejam tentera di bawah pimpinan Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi.

p/s: Sebagai saudara seislam, doakan yang terbaik untuk Mesir. Semoga ALLAH bagi petunjuk dan perlindungan  untuk mereka.

Comments

  1. dah 85 tuh . dok umah jer lar . nanti Allah beri musibah ... subhanallah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly Zawiah...apalah nasib mesir after this..

      Delete
  2. doakan saja yg terbaik untuk saudara seagama kita

    ReplyDelete
  3. semoga segala usaha baik saudara seislam kita di sana di dalam perlindungan Allah..

    ReplyDelete
  4. ya allah kesian dgn apa yg berlaku dkt sana..semoga allah beri perlindungan kepada saudara-saudara seislam kita disana.

    ReplyDelete
  5. keadaan kat mesir semakin teruk. Ya Allah kembalikan keamanan negeri Mesir.

    ReplyDelete
  6. isk-isk macam2....
    kerana nak kuasa lebih...
    cam tu lah gaya..huhu

    ReplyDelete
  7. Kita doakan yg terbaik buat rakyat mesir, juga mohon agar perkara spt ini tidak terjadi di negara kita.. amin.

    ReplyDelete
  8. Ya, Allah ku bermohon, kembalikan keamanan di Mesir dan berikan ia kpd golongan yg benar...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat