Tuah Lukisan "Hodoh"


 
 Cecilia Gimenez

Tuah Lukisan "Hodoh"

Pada tahun lepas, Cecilia Gimenez telah menjadi "bahan" ketawa ramai apabila usaha beliau untuk membaiki sebuah lukisan abad ke-19 dianggap seperti tikus membaiki labu.

Cubaan beliau yang berusia 82 tahun, untuk membaiki
Ecce Homo lukisan nukilan Elías García Martínez milik sebuah gereja tempatan, the Santuario de Misericordia di Borja, Spain, bertukar menjadi mimpi ngeri apabila lukisan tersebut dianggap yang terburuk pernah dihasilkan. Ada yang menggambarkan lukisan tersebut seperti Bigfoot.

 
 Wajah Sensasi yang viral

Disebalik kisah sensasi, Bandar Borja dan gereja tersebut tiba-tiba famous. Puluhan ribu pelawat  berkunjung untuk menyaksikan sendiri lukisan tersebut. Kesempatan ini digunakan oleh pihak penguasa untuk mengenakan bayaran € 1 ($ 1.33) bagi setiap pelawat. Tidak cukup dengan itu, pegawai-pegawai di bandar Borja juga sedang berunding dengan beberapa syarikat untuk menggunakan imej tersebut pada barangan mereka.  Dan Cecilia Gimenez akan mendapat 49 peratus daripada keuntungan tersebut.

p/s: Wah hebat. Ini yang dinamakan tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia tak siapa yang tahu..dan yang ni tuah lukisan tak jadi...

Comments

  1. macam2 la zaman skrg ni. benda yang tak cantik pon leh jadi terkenal ^_^

    ReplyDelete
  2. Mmg jadi kelakar gmbar tu bila di perbaiki.. hahahaa. Tp boleh jadi tarikan sensasi ye.. Mmg betullah, tuah manusia x siapa yg tahu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly Khir...mesti dia tak expectkan. the worse drawing dah turn out to be multi cash...hmmm rezeki dia..

      Delete
  3. Kalau dah rezeki, ikut mana pun rezeki dia gak!....

    ReplyDelete
  4. tuah manusia siapa yg tahu kan..lukisan xjd pon boleh dpt duit..untung dia tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah rezeki dia akmal..even tak jadipun still jadi rezekikan..

      Delete
  5. Rezeki terpijak untuk beliau. Pada awal usaha beliau diberikan sinis.

    ReplyDelete
  6. ada jugak org minat lukisan pelik2.. hehee

    ReplyDelete
  7. nampak hodoh tapi bernilai tinggi..

    ReplyDelete
  8. Pelik tapi benar...huhu, bila agaknya tuah nak berpihak kpd kita pula...

    ReplyDelete
  9. tuah tak disangka2 yer

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat