Obama berdolak-dalik   
Penunjuk perasaan di Korea Selatan mengadakan protes menentang rancangan AS untuk 
menyerang Syria di Seoul, semalam.

Apabila Obama Berdolak-Dalik Mengenai Syria

Nampak gayanya, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kini dalam dilema. Beliau yang dulunya begitu berkobar-kobar untuk memusnahkan Syria dilihat kini sedikit goyah dan berdolak-dalik mengenai serangan tersebut.  Mungkin juga ini ada kaitannya dengan bantahan dan tekanan masyarakat antarabangsa dan juga doa masyarakat Islam diseluruh Dunia.

Ketika diwawancara CNN, kelmarin beliau cuba untuk memutar-belit kenyataan dengan memberitahu bahawa beliau kini bersedia menangguhkan rancangan untuk melancarkan serangan ke atas Syria jika negara itu bersetuju menyerahkan bekalan senjata kimia mereka di bawah kawalan antarabangsa seperti yang disarankan oleh Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov.

Sementara itu, bagi pihak Syria mereka nampaknya bersetuju dengan cadangan Rusia agar semua senjata kimianya di letakkan di bawah kawalan antarabangsa untuk dimusnahkan bagi mengelakkan serangan udara Amerika Syarikat (AS).

p/s: Walaupun ada yang skeptikal dengan kerjasama diantara Rusia & Syria, kita mengharapkan semuanya bakal berakhir dengan baik. Keep praying guys.