Dilema Pak Mie Dan 700 Ekor Anjing Peliharaannya
You all ingat tak lagi dengan Pak Mie. Pak Mie yang mana satu? Hmmm Pak Mie yang digelar "Dog Lover's" tu. Beliau dan isterinya Halija Idris sering menjadi perhatian ramai kerana tindakannya memelihara kira-kira 700 ekor anjing dan 100 ekor kucing terbiar di tanah rizab kerajaan, di Alor Setar Kedah.
Nway nasib Pak Mie sekarang diibaratkan "sudah jatuh ditimpa tangga". Bukan sahaja hajatnya untuk berpindah terhalang, malah usaha murni beliau untuk menjaga ratusan anjing dan kucing juga terbantut kerana beliau sudah menerima notis untuk mengosongkan tanah rizab yang didiaminya sebelum 19 september 2013. Lebih malang lagi apabila tapak baru yang sedang diusahakannya juga tidak dibenarkan kerana timbul kebimbangan penduduk sekitar akan bahaya haiwan peliharaannya.
Pak Mie dan ajing-anjing kesayangannya...
Pak Mie tidak sanggup berpisah dengan ajing-anjing kesayangannya
Merayu Tempoh Perpindahan
Beliau kini dalam proses rayuan untuk mendapatkan kebenaran Kerajaan Negeri untuk melanjutkan tempoh
pengosongan agar dia dapat mencari lokasi alternatif, setelah pemindahan
ke tempat perlindungan haiwan baru di Kuala Nerang mendapat bantahan
daripada penduduk setempat.
Sejujurnya kita bukanlah penyokong tegar usaha murni Pak Mie dan bukan juga pembangkang tegar usaha murni Pak Mie, cuma pendapat kita sebagai seorang Islam, ada baiknya Pak Mie melepaskan tanggungjawab memelihara anjing terutamanya kepada badan perlindungan yang lebih sesuai. Mungkin kucing boleh dimaafkan, tetapi tidak anjing rasanya coz ianya mungkin mengganggu ibadah kita kepada ALLAH. Daripada apa yang kita lihat, Pak Mie sememangnya mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan anjing-anjing peliharaannya. Dan sebagai seorang Islam pasti terlalu banyak perkara yang perlu dijaga dan dilakukan sebelum beliau boleh menyempurnakan ibadah harian beliau setelah seharian bergelumang dengan anjing-anjing kesayangannya.
Jika sekiranya Pak Mie gagal mendapatkan tempat untuk menjaga anjing-anjing peliharaannya, anggaplah ini hikmah daripada ALLAH untuk "Memelihara" Pak Mie sekeluarga .
fae suka tgk fluffy puppies hehehe
ReplyDeleteSuka aje tak pa Fae..tapi kalau dah jadi pets tu susah sikit kot...
Deletebetol tu dik...cik akak pun terkejut juga bila membaca artikal adik nie..tak sangka ada orang islam yang sanggup memelihara binatang haram.....niat pakcik murni..tapi Allah maha adil kan....
ReplyDeleteTulah cik akak...elok rasany dia tak dapatkan..
Deleteada jugak macam ni...baru tahu..
ReplyDeleteDah lama kisah ni cik ita..
DeleteKita setuju ngan awak Raudzah...tak payahlah nk membela anjing tu ....nk menyamak satu hal setiap kali nk solat.. mmglah bagus sifat penyanyang dia tu...
ReplyDeleteBetul tu okje..susahkan..
Deleteaiza pernah dengar berita ni di tv.. memang niat beliau mulia.. jika memelihara kucing tiada masalah.. tapi memelihara anjing akan memberi masalah kerana ia melibatkan hukum agama..
ReplyDeleteExactly Aiza..harap-harap Pak mie faham risiko dia..
Deletebtol 2..rsanya lebih baik pakcik ni serahkn pd pusat pemeliharaan bntang..bmbg nnti rosak ibadah..niat dh baik..tp kalau anjing 2 hidup dia liar..biarkn jelh mcm 2..kecuali dia skit..
ReplyDeleteTulah Faiz...harap-harap ada badan lain yang ambil binatang tu..
Deletesusah jugak tue wlpn mmg murni apa pak mie lakukan..sebaik lepaskan anjing tue kpd pihak yg bersesuain utk pelihara...
ReplyDeleteBetul tu cik tom..kalau pak mie nak jugak, dia boleh jadi pekerja sukarela kat tempat tu..
Deletetimbul balik citer pak mie ni...mmm .. betul tu raudzhah...serahkan je pada badan perlindungan yang lain...
ReplyDeleteniat pakcik tu baik tapi urmm... ntah la, kena merujuk pada yang lebih mahir dalam bab ni
ReplyDeleteSy suka ayat akhir di blog tu.. itu sy sgt setuju. Walau kasihan mana kt haiwan.. usahakanlah yg lain dulu.. bila kita bermain dgn anjing, boleh jadi juga kita bermain dgn hukum. Jngn diiniaya dahlah.. klu smpi membela tu.. wallahualam..
ReplyDeletematlamat tak menghalalkan cara. masa memula masuk U dulu, pensyarah selalu sangat kasi ayat ni
ReplyDeleteشركة نقل عفش بالخرج
ReplyDeleteشركة نقل عفش ببريدة
شركة نقل عفش بخميس مشيط
شركة نقل عفش بالقصيم
شركة نقل عفش بتبوك
شركة نقل عفش بابها
شركة نقل عفش بنجران
شركة نقل عفش بحائل
شركة نقل عفش بالقصيم
ReplyDeleteشركة نقل عفش بينبع
شركة نقل عفش بنجران
شركة نقل عفش بحائل
شركة نقل عفش ببريدة
شركة نقل عفش بتبوك
شركة نقل عفش بالظهران
شركة نقل عفش برابغ