Alkisahnya, penduduk sebuah kawasan perumahan di Hangzhou, China gempar dan hidup dalam ketakutan baru-baru ini apabila beberapa orang dilaporkan mendengar tangisan bayi setiap malam pada pukul 3 pagi datang dari tandas awam yang berdekatan.
Kejadian misteri itu telah dilaporkan kepada pihak polis. Mereka mendakwa ada hantu yang berkeliaran di sekitar tandas tersebut kerana menurut cerita tandas tersebut telah dibina di atas sebuah lubang kecil yang pernah meragut nyawa seorang anak kecil tiga puluh tahun yang lalu.
Pada 2 September, pihak polis sekali lagi menerima satu lagi panggilan pada pukul 3 pagi mengenai bunyi tangisan tersebut. Sheng Hong, pegawai polis yang bertugas memberanikan diri untuk mengesan dari mana datangnya suara itu. Dia segera menuju ke tandas dan yakin bunyi tersebut datangnya dari tandas awam tersebut. Walaubagaimanapun, setelah menghampiri kawasan tersebut, beliau menyedari bunyi itu sebenarnya tidak datang dari tandas awam tetapi dari bilik pengawal yang bersebelahan.
Baby's Ring Tone
Dan selepas pemeriksaan lanjut, Misteri Tangisan bayi itu terbongkar, apabila beliau mendapati "fenomena aneh" itu adalah bunyi nada dering telefon isteri pengawal berkenaan. Beliau bekerja sebagai tukang cuci dan mengunci jam setiap malam pada pukul 3 pagi supaya dia tidak terbabas. Atas nasihat dan bantuan Shen Hong, wanita itu telah menukar ringtone beliau kepada nada dering yang lebih mesra alam dan tidak lagi menakutkan. Penduduk di Taman itu kini boleh tidur dengan aman. Sorry guys cerita seram dah jadi cerita lawak...he..he
p/s: Lain kali kalau you all dengar bunyi-bunyi macam ni siasat dulu tau..mana tau ada kes yang serupa ya..
7. Tawaran Menarik, Kena Cuba
mula2 baca tajuk tu memang scary...humang ai, kenapalah pakai ringtone tu, menakutkan orang sekitar jer...
ReplyDeleteTengok tajuk cam gempak je ya..farah..he.he.
Deletehahaha...rupanya ringtone phone...haha :)
ReplyDeletefunnykan cik akak..
Deletehehehe ada pulak ring tone cam tu yer
ReplyDeleteMacam-macam kan KA..
Deleteringtone punya psl...adoiyai..
ReplyDeletekelakarkan sis..
Deletehahaha besar sgt ke volume ringtone dia sampai the whole village can hear :p
ReplyDeleteklu ada sesapa yg niat nak takut kan org , blh guna idea nih ... hahahaaa
ReplyDeleteSuspen je.. tp lg menakutkan klu dh lepas off ring tone tu, ada lg suara kt belakang yg mcm tu juga huhu..
ReplyDeleteSekarang ni ringtone macam2 bunyi...
ReplyDeleteLain kali selidik dulu, tapi kalau bunyi mengilai...baik cabut lari le...haha
ahahahahah.. igt kan ceta seram dh tdiii ^_^
ReplyDeleteha3..kelakar btol =) lain kali btlh bunyi bayi ketawa..bia lg seram..kisah betol ke ni??
ReplyDeleteSekarang ni dah macammacam bunyi yang ada. Ada kala terkeliru juga.
ReplyDeletehehe.. misteri betul la. rupa-rupanya bunyi ringtone telefon..
ReplyDeleteHaha bikin gempak aje isteri dia tu...yelah kalau bunyi nngis baby kan cepat je bangunnya...hehe
ReplyDeleteSembahyang tahjud ke apa hehe
adeh..rupanya ringtone.semangat baca tadi hehehe
ReplyDelete