Wanita Berambut Panjang
Kisah yang kita nak kongsi dengan semua adalah merupakan pengalaman pak cik Ismail Hashim, 49, dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar. Beliau yang telah 25 tahun yang bekerja sebagai pemandu van jenazah telah mengalami pelbagai dugaan semasa tugas membawa dan menghantar jenazah mereka-mereka yang telah meninggal dunia.
Saka Si Mati
Kisah pertama yang tidak dapat dilupakan beliau sehingga sekarang ialah pada 1997, iaitu ketika menerima arahan menghantar jenazah lelaki berumur 90 tahun ke Padang Sanai, Padang Terap pada jam 3 pagi sambil diiringi dua waris jenazah. Dalam perjalanan, kedua waris itu duduk di bahagian belakang bagi menemani jenazah itu sambil membaca al-Quran dan sehinggalah sampai di pertengahan jalan di Kampung Rambutan, Kuala Nerang, tiba-tiba van itu berhenti secara tiba-tiba.
Dia cuba menghidupkan enjin beberapa kali sambil menghubungi ibu pejabat untuk mendapat bantuan, tetapi gagal sehinggalah dia turun dan pergi ke belakang serta mendapati pintu van belakang terbuka dan waris kedua itu juga turut menghilangkan diri. Pada masa itu, suasana begitu sunyi dan tidak ada kenderaan yang melalui jalan itu. Saya masuk semula ke dalam van dan beberapa minit kemudian hadapan cermin van dipenuhi dengan belalang serta beberapa kala jengking.
Oleh kerana bimbang dengan keselamatan, dia menutup pintu dan hanya membaca ayat Kursi sahaja sehinggalah kedengaran azan barulah haiwan itu hilang secara tiba-tiba. Kemudian barulah waris jenazah itu turut datang melihat jenazah itu.
Selepas dimaklumkan kejadian itu, barulah waris itu menceritakan arwah bapa mereka mempunyai saka hingga mereka juga tidak sanggup menunggu di belakang kerana diganggu dan terpaksa meninggal van itu dan beredar ke sebuah rumah berhampiran jalan itu.
Wanita Misteri Berambut Panjang
Kisah kedua yang dialaminya ialah ketika mendapat arahan menghantar jenazah seorang perempuan tua ke sebuah felda pada jam 2 pagi. Selepas menghantar jenazah itu, dia singgah di tepi jalan untuk membuang air kecil dan selepas masuk ke dalam van, dia mendapati seorang perempuan berambut panjang duduk di sebelahnya sambil muka menghala ke arah luar.
Dia cuba tegur dan bertanya wanita itu hendak ke mana. Tetapi dia hanya mendiamkan diri sehingga saya mula merasa seram dan membaca pelbagai ayat al-Quran, tetapi wanita itu masih tidak hilang. Kenderaan yang dipandu juga tidak dapat bergerak laju sehinggalah sampai di pekan Pendang dekat tanah perkuburan Cina, barulah wanita misteri itu hilang.
Jenazah Berbau Wangi
Selain pengalaman yang menakutkan, beliau juga turut mengalami peristiwa manis ketika membawa seorang jenazah lelaki tua ke Baling, Kedah. Selepas diarahkan mengangkat jenazah yang beratnya kira-kira 60kg pada jam 4 pagi, jenazah itu sangat ringan dan senang dibawa masuk ke dalam van.
Kira-kira 10 minit perjalanan, terbau sesuatu yang sangat wangi dan begitu menyenangkan hinggalah sampai di rumahnya. Di sana sudah ramai yang menunggu jenazah itu dan dimaklumkan dia adalah seorang kuat melakukan ibadat dan disenangi masyarakat sekitarnya.
p/s: Banyak kisah tersirat disebalik cerita Pak cik Ismail. Semoga kita dapat mengambil iktibar darinya.
seramnya ..nsib baik baca siang2..hehehe
ReplyDeleteHe..he..tapi kalau kita ditempat pak cik ni mesti seram habiskan..pengsan lagi ada..
Deletemenakutkan....apa pun best tgk citer seram... X_X
ReplyDeleteOoo..husna peminat cerita seram ya..kita ni memang penakut..he..he
DeleteSuka tgk cite tnah kubur..
ReplyDeleteSamalah kita cik Tim..banyak pengajaran kan..
DeleteYa.. moga kita tergolong dalam golongan yang beriman.
ReplyDeleteIn Shaa ALLAH Liza...Ameen..
Deletelama tak singgah sini. semakin menarik. huhuhuhu. memang suka cerita2 seram neh. huhuhu.
ReplyDeleteYalah lama tak nampak sue...nway welcome back ya...
Deletepakcik tu pun x tak heran kot dgn makhluk2 tu . dah selalu jumpa ... sbb tu , jgn buat perkara dilarang allah klu x nak org nampak aib kita bila kita mati ...
ReplyDeleteBetul tu Vee..mesti pak cik tu dah imun kan..
Deleteok baca siang tak seram sgt.. dulu penah masuk HSB tgk kwn tp memang rasa seram tgk kt area blkg hospital..
ReplyDeleteKita ni memang penakut nak gi hospital..Kalau dulu nak lalu kat tepi-tepi buiding pun takut..sekarang dah kurang sikit..he..he
DeleteBenda2 ni mmg menyeramkan.. letihhh jiwa klu terserempak atau terjumpa. Semoga Allah lindungi kita semua dari mainan syaitan yg direjam.. amin.
ReplyDeletejauhkan lah dari mainan dan godaan syaitan...
ReplyDeletemesti van tu dah biasa kan...alangkah bahagia nya jika kita terdiri dr golongan yg kisah ketiga tu
ReplyDeleteSubhanallah =) kisah yg last sekali sy suka..ape pun..sma2lah ambil pengajaran
ReplyDeletesemoga semua kisah beliau menjadi ikhtibar kepada kita semua.. berusaha dan berdoa semoga kita dimatikan dalam keadaan yang beriman..
ReplyDeleteseram pula baca ni Raudz..beranilah pakcik tu..dah biasa agaknya...
ReplyDeleteMulianya pekerjaan mereka nikan....bukan calang calang org tu sanggup bawak jenazah....
ReplyDelete