Bila Guru Kurang Fasih
 
Serius: 60% Guru Bahasa Inggeris Tak Layak Mengajar

Mengikut kenyataan Datuk Seri Idris Jusoh, HANYA Satu Pertiga (+30%) daripada 61,000 guru Bahasa Inggeris Layak Mengajar kerana mampu menguasai bahasa tersebut dengan baik. Dan menurut beliau, guru-guru yang tidak layak bakal dihantar berkursus untuk memahirkan diri sebagai persediaan untuk memastikan murid-murid dapat menguasai Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

Sebenarnya isu ini bukanlah isu yang baru. Ianya telah lama muncul dan telah dibincangkan oleh pelbagai pihak sejak dulu. Cuma masalahnya ialah cara untuk menangani isu ini mungkin tidak effective. So that's why after a few years, they are still talking about the same thing. And I am sure most of you guys out there agreed that this is a serious issue indeed. Kalau guru sendiri tidak berkemampuan untuk menguasai Bahasa Inggeris dengan baik, bagaimana mau menjadi cikgu yang baik kan. I am sorry kalau this statement sound a bit harsh, but sometimes we have to be honest with ourselves untuk kebaikan semua.

Cara untuk Memperbaiki Kemahiran Bahasa Inggeris.

Dan umum semua tahu, Bahasa Inggeris TIDAK boleh dipelajari dengan kursus-kursus jangka pendek selama seminggu atau dua minggu. Ianya memerlukan commitment yang tinggi kerana ia bukan bahasa ibunda kita. Untuk FASIH berbahasa inggeris kita perlu perbanyakkan komunikasi di dalam bahasa Inggeris. Selain itu kita perlu banyak membaca bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris.

 http://lh3.ggpht.com/-VtmBhDQ4_aM/UcAaQK8K8DI/AAAAAAAAArU/YPYk06X9qbQ/lawak%252520bahasa%252520inggeris.jpg?imgmax=400
Tidak perlu Malu Jika Salah

Dan yang pasti setiap usaha untuk menguasai bahasa Inggeris perlu datang dari tuan empunya badan. Setiap individu perlu hilangkan rasa malu jika ingin berjaya dan kena ingat mempelajari Bahasa Inggeris adalah Keperluan untuk menjadikan kita lebih kompetitif.

p/s: Apa yang pasti, pemilihan guru adalah amat penting. Pastikan mereka yang dipilih adalah benar-benar layak. Bahasa Inggeris sendiri perlu di beri keutamaan dari pra-sekolah selain daripada bahasa ibunda. Berdasarkan keadaan semasa kita sendiri quite skeptical apakah rancangan kerajaan untuk menjadikan Bahasa Inggeris sebagai subjek WAJIB lulus mulai 2016 sesuatu yang rational.

7. Tawaran Menarik, Kena Cuba