Salam Jumaat Kepada Semua Pembaca Blog Santai,
Zikir Yang Paling Mulia
Motivasi Pagi: Zikir Yang Paling Mulia
Salah satu jalan untuk mengingati Allah SWT ialah dengan berzikir. Oleh itu umat Islam digalakkan memperbanyakkan berzikir kepada
Allah SWT jika mahu hampir kepada-Nya. Zikir adalah amalan yang sangat
mulia dan sangat dituntut serta disukai oleh Allah SWT dan Rasul-Nya.
Dari Jabir bin Abdillah ia berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Zikir yang paling mulia ialah Lailahaillallah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah.” (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah).
Zikir ‘Lailahaillallah’ mempunyai banyak fadhilat dan kelebihan, antaranya ialah:-
Pertama : Pengamal akan mendapat syafaat dari Rasulullah SAW.
Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, “Dari Abu Hurairah r.a. berkata : Telah bersabda Rasulullah SAW : Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucap kalimah Lailahaillallah dengan hati yang ikhlas.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Kedua : Mendapat jaminan masuk Syurga.
Dari Zaid bin Arqam Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Barangsiapa yang mengucapkan ‘Lailahaillallah’ dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” Lalu ditanya kepada baginda SAW, “Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu?” Rasulullah SAW bersabda, “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram.” (Hadis riwayat at-Tabarani)
Ketiga : Tidak akan dimasukkan ke dalam api Neraka.
Dari Umar r.a. meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya melainkan haramlah ke atasnya Neraka Jahanam. Kalimah itu ‘Lailahaillallah.’” (Hadis riwayat al-Hakim)
Keempat : Amalan zikir tersebut mendapat timbangan yang lebih berat dari amalan-amalan yang lain.
Dari Abi Abas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Demi yang diriku di tangan-Nya, jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan di sebelah dacing dan kalimah ‘Lailahaillallah’ di sebelah yang lain, maka dacing kalimah ‘Lailahaillallah’ itulah yang lebih berat.” (Hadis riwayat at-Tabarani)
Kelima : Merupakan anak kunci Syurga.
Muaaz bin Jabal Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah ‘Lailahaillallah’.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
terima kasih for sharing ;) alhamdulillah
ReplyDeleteYou are most welcome TB..
Deletenice sharing...insyallah akan diamalkan selalu raudzah..
ReplyDeleteThanks Aida..Jom sama-sama kita amalkan ya..
Deletesatu perkongsian yang sangat berguna di hari jumaat penghulu segala hari ^_^
ReplyDeleteAlhamdulillah..semoga diberkati..
Deleteterima kasih di atas perkongsian ini dear... so meaningful...marilah kita sama2 amalkan...
ReplyDeleteThanks Farah..jom sama-sama kita beramal k..
Deleteperkongsian yang bermanfaat di hari mulia ni.. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah cik ita..
Deletenice sharing..
ReplyDeleteSalam Jumaat. thanks share :)
ReplyDeletebanyaknya kelebihan berzikir.. semoga menjadi amalan kita semua.. :D
ReplyDeleteSubhanallah.. bagus perkongsian ni. T kasih Raudzah :)
ReplyDelete
ReplyDeleteشركة مكافحة حشرات بمكة
شركة كشف تسربات بمكة
شركة عزل اسطح بمكة
شركة تسليك مجاري بمكة
شركة تنظيف فلل بمكة
شركة تنظيف شقق بمكة
شركة تنظيف منازل بمكة
شركة تنظيف خزانات بمكة
شركة مكافحة حشرات بالدمام
ReplyDeleteشركة كشف تسربات بالدمام
شركة عزل اسطح بالدمام
شركة تسليك مجاري بالدمام
شركة تنظيف كنب بالدمام
شركة تنظيف مساجد بالدمام
شركة تنظيف سجاد بالدمام
شركة تنظيف خزانات بالدمام
شركة نقل عفش بالدمام
ReplyDeleteشركة نقل عفش بجدة
شركة نقل العفش بالمدينة المنورة
نقل العفش بالرياض
نقل عفش بالدمام
شركات نقل اثاث بالدمام
شركة نقل اثاث بالخبر
شركة نقل عفش بجدة