Posts

Showing posts from October, 2013

10 negara Terbaik Untuk Di Lawati Pada Tahun 2014

Image
10 Negara Terbaik Pilihan Lonely Planet Untuk Di Lawati Pada Tahun 2014   1. Brazil   Pantai Ipanema Dikenali sebagi, gergasi Amerika Selatan , Brazil merupakan sebuah negara yang menakjubkan. Memiliki pantai yang cantik seperti Ipanema, hutan hujan yang masih terpelihara , bandar-bandar kolonial yang masih utuh serta  koleksi terbesar spesies tumbuhan dan haiwan yang jarang ditemui di mana-mana tempat di muka bumi ini, Brazil bakal menawarkan pelbagai pengalaman menarik untuk para pelancong . Dan yang paling pasti, kejuaraan Bola Sepak Piala Dunia yang akan diadakan di Brazil pada tahun 2014 dijangka merupakan tarikan utama para pelancong ke Negara Samba ini. Rio De Janeiro, Brazil 2. Antarctica   Gentoo Penguin Di Pulau Danco  Salji, ais, air batu dan Penguin seringkali dikaitkan dengan Antartika. Keunikan kejadian Allah ini, pastinya merupakan antara tarikan menarik para pelancong ke sana. Kepulauan Falklan...

10 Sifat Terpuji Orang Mukmin

Image
Salam Motivasi Untuk Semua Pembaca Blog Santai, Bersabar Dengan Ujian Allah & Bersyukur Dengan NikmatNya 10 Sifat Terpuji Orang Mukmin Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai 10 Sifat Terpuji Orang Mukmin. Sifat terpuji adalah sifat yang secara naluri dimiliki oleh semua manusia yang dilahirkan ke dunia ini. S ifat ini mendorong kita semua untuk meneruskan kehidupan secara lebih sempurna dan pada masa yang sama, menyingkirkan diri daripada semua perbuatan jahat yang boleh membawa kepada kehancuran di dunia dan di akhirat.     10 Sifat Terpuji Orang Mukmin ( Source) Antara 10 sifat-sifat terpuji orang mukmin adalah: 1. Taubat : Berazam untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa 2. Takut akan Allah SWT : Memperbanyakkan amalan soleh dan meninggalkan segala larangan Allah 3. Mahabbah : Mengasihi Allah dan Rasul melebihi yang lain 4. Zuhud : Tidak taksub dengan dunia 5. Sabar : Sentiasa sabar bila di...

Cara Dapatkan Alexa Ranking Dibawah 100,000 Dalam Masa Dua Bulan

Image
  Alexa Ranking Dibawah 100,000 Dalam Masa Dua Bulan Alexa Ranking Dibawah 100,000 Dalam Masa Dua Bulan  Hebatkan kalau kita punya Blog Alexa Ranking berada di bawah 100,000 dalam masa dua bulan. Tapi yang pasti itu bukan Blog Santai lah. Yang kita nak share adalah pengalaman Blog Bloggertipstricks. Blog ni adalah salah satu Blog Favorite kita. Kita dah banyak belajar dari Blog ni. Artikel dia simple and senang nak follow. So coming back to cerita yang kita nak share hari ni, mungkin ada yang dah tau, and mungkin ada yang masih belum tau. So pada yang dah tau, you all boleh tambah mana-mana yang kurang ya and pada yang belum tau you all boleh jadikan Tips ni tapi sebagai panduan ya. Cara Nak Dapatkan Alexa Ranking Bawah 100,000 Setiap blogger pasti ingin mendapatkan Alexa Ranking di bawah 100,000 kan. Mengapa ia begitu penting? Sebenarnya macam yang kita kongsi earlier, Alexa Ranking menunjukkan reputasi sesebuah Blog. Blog yang berkedudukan ...

Nota Dari Pencuri

Image
  Nota Pengakuan dari pencuri Nota Dari Pencuri Seorang pencuri di Chengbei, China, telah meninggalkan "Nota Pengakuan" kepada tuan punya teksi yang dicurinya. Ayat yang tertera dalam nota tersebut adalah, "Wahai Mr Cab Driver, barang dalam kenderaan anda telah dirompak pada pukul 3:30 pagi". Aduh...Politenya pencuri ni. Sempat lagi nak menulis tu..Ini mesti kes pencuri yang berdisiplin. Itulah alkisahnya yang berlaku kepada seorang pemandu teksi, Mr Chen (nama samaran), pada 27 Oktober yang lalu.  Pada hari kejadian, Mr Chen telah pulang dari bekerja pada 02:40 pagi. Seperti biasa, sebelum masuk ke rumah beliau memastikan pintu dan tingkap keretanya dikunci dengan baik.  Keesokan harinya, sewaktu ingin keluar bekerja, beliau ternampak sebuah nota melekat di cermin keretanya . Nota yang tertera pengakuan diatas, mengejutkan beliau kerana tidak menyangka ada pencuri yang begitu sopan di China. Beliau segera memeriksa keretanya dan mendap...

Gadis Ini Di Tanam Hidup-Hidup Setelah Di Rogol

Image
  Perjuangkan Hak Wanita yang Tertindas Di Rogol Ketika Ke Kelas Mengaji Kejam, apabila seorang gadis telah ditanam hidup-hidup setelah dirogol dua lelaki. Kisah ngeri ini berlaku di Pakistan. Dalam kejadian tersebut, seorang gadis berusia 1 3 tahun telah di culik ketika dalam perjalanan untuk ke kelas mengaji Quran di sebuah kampung   di Punjab. Beliau kemudiannya  dirogol oleh dua orang lelaki di sebuah kawasan terpencil. Di Tanam Selepas Di Rogol Penyerang kejam itu kemudiannya menanam beliau hidup-hidup apabila mereka menyangka bahawa dia telah meninggal dunia semasa serangan tersebut. Gadis tersebut, walaubagaimanapaun bernasib baik kerana tersedar. Beliau berjaya menyelamatkan diri dengan merangkak keluar dari dalam lumpur tempat beliau di tanam. Beliau yang dalam keadaan lemah, kemudiannya berjaya dijumpai oleh penduduk kampung yang membawanya ke sebuah pusat perubatan dan juga membuat laporan polis.  Biarpun pada awaln...

10 Jenis Sombong Yang Boleh Membawa Ke Neraka

Image
Salam Motivasi Untuk Semua Pembaca Blog Santai,     Jangan Berjalan Di Muka Bumi Allah Dengan Lagak Sombong Neraka Tempat Orang Yang Sombong  Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai 10 Jenis Sombong Yang Boleh Membawa Ke Neraka. Sombong atau takabbur ertinya perasaan tinggi diri oleh si pelaku terhadap satu atau lebih mengenai dirinya dalam aspek-aspek kehidupan. Seseorang itu boleh bersikap sombong kepada orang di sekelilingnya jika dia mendapati kedudukannya lebih tinggi berbanding orang di sekelilingnya. Kesombongan atau ketakabburan juga boleh berlaku apabila manusia mendapati keturunannya, sifat lahiriahnya sama ada cantik, kacak atau perkasa ataupun kaya dari segi material adalah lebih berbanding dengan orang lain. Di dalam hal ini kita perlu menyedari hakikat bahawa tidak ada satu makhlukpun di dunia ini yang boeh mengatakan bahawa dia berhak untuk berlaku sombong. Ini kerana, kesombongan atau ke...

Worldless Wednesday #4: Apa Yang You All Nampak?

Image
Apa Yang You All Nampak? 1. Rahsia Wanita  2. Rahsia Yang Kita Semua Perlu Tau   3. Rahsia Di Sebalik Senyuman   4 . Mesti Baca   5 . Apa Kata Mereka 6. Amaran Untuk Rakyat Malaysia   7. Ramai Yang Suka Buat Ni    Source

Kerana Sayang, 35 Hari Simpan Mayat Isteri

Image
 "Please, Don't Leave Me Alone" 35 Hari Simpan Mayat Isteri  35 Hari Simpan Mayat Isteri Kerana sayang dan tidak sanggup berpisah. Itulah yanjg berlaku kepada seorang lelaki berusia 42 tahun, dari Cheras yang telah kehilangan isterinya kerana sakit jantung.   Menurut anaknya yang berusia 16 tahun, ayahnya tidak dapat menerima kenyataan bahawa ibu mereka sudah tiada. Beliau sering bercakap dengan mayat tersebut seolah-olah ibunya masih hidup. Semasa kedatangan pihak polis kerumahnya, mereka mendapati mayat isterinya berada di atas katil, dalam keadaan bersih serta berpakaian baru. Mereka diberitahu bahawa lelaki tersebut menukar pakaian isterinya hampir setiap hari. Bilik tersebut juga berbau wangi kerana disembur pewangi setiap hari untuk menghilangkan bau busuk dari mayat tersebut.   Pasangan ini disifatkan oleh jiran-jiran sebagai "Loving Couple" . Mereka telah hidup bersama lebih dari 20 tahun. 1. Rahsia Wanita  2. Rahsia Yang K...