Keadaan Manusia Di Padang Mahsyar
Salam Jumaat Buat Semua Pembaca Blog Santai,
Keadaan Padang Mahsyar
Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai 10 Golongan Di Usir Dari Padang Mahsyar. Padang Mahsyar / Mahsyar (Arab: محشر) adalah tanah
berpasir putih yang sangat luas dan datar di akhirat. Di Padang Mahsyar inilah semua makhluk
Allah yang berada di tujuh lapis langit dan bumi termasuk malaikat,
jin, manusia, binatang berkumpul dan berasak-asakan.
Setiap manusia
pada hari pengadilan akan hadir di Padang Mahsyar, diiringi oleh dua
malaikat, yang satu sebagai pengiringnya dan yang satu lagi sebagai
saksi atas segala perbuatannya di dunia. Manusia yang pertama kali
dibangkitkan oleh Allah adalah Nabi Muhammad SAW.
10 Golongan Di Usir Dari Padang Mahsyar
Apabila manusia dibangkitkan semula selepas kiamat, kita semua akan dihimpunkan di padang Mahsyar untuk menghadapi perbicaraan atau timbangan amalan di dunia. Setiap sudut padang Mahsyar penuh sesak dengan manusia dan jin untuk bersama mengharungi hari hisab. Keadaan manusia pada ketika itu amat bergantung kepada amalan apa yang telah kita lakukan semasa hidup. Sekiranya kita tidak beriman kepada Allah dan Rasul, dan melakukan perkara-perkara dusta didunia ini, kita akan termasuk dalam 10 golongan manusia yang di usir dari Padang Mahsyar:
10 Golongan Di Usir Dari Padang Mahsyar
Dan Jika kita beriman kepada Allah dan Rasul, kita akan dibangkitkan dari kubur dengan keadaan wajah yang bersinar-sinar
bercahaya laksana bulan purnama. Kita akan melalui titian sirath seperti kilat
yang menyambar. Keadaan ini mampu kita perolehi jika kita sentiasa beramal soleh dan
berbuat baik, menjauhi perbuatan durhaka, memelihara solat
lima waktu, meninggal dunia dalam keadaan bertaubat dan
mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah.
Jom sama-sama kita muhasabah diri, semoga kita semua dibangkitkan dalam keadaan yang sempurna dan mampu melalui titian sirath seperti kilat
yang menyambar.
Jaga Diri, Hiasi Peribadi. Selamat Beramal & Wasalam.
masyaAllah... moga2 kita tidak tergolong dlm golongan yang di usir
ReplyDeletegud sharing Raudzah...semoga kita dijauhi dari golongan2 yang diusir ...
ReplyDeleteit takes time to change from bad to good huhu *reminder for fae*
ReplyDeletetakotnye nk menunggu waktu tuh..xtau la amalan kite diterima atau x..
ReplyDeleterasa takut membaca dosa-dosa besar ini..allah mha besar
ReplyDeletesalam jumaat and thanks for sharing...sama2lah kita beringat dan muhasabah diri kita masing2 kan???
ReplyDeleteSalam Jumaat...bersamalah kita muhasabah diri
ReplyDeleteya Allah takut nya kan.. nauzubillahminzalik
ReplyDeleteSemoga kita dijauhkan dari tergolong dlm golongan2 tersebut.. ya Allah.. amin..
ReplyDeletesemoga kita semua tak tergolong di kalangan mereka itu..
ReplyDeletesemoga kita tidak tergolong di kalangan itu..
ReplyDeleteThanks sharing Raudzah^^
ReplyDeletehmmmm
ReplyDelete