5 Sukan Paling Unik Di Dunia
5 Sukan Paling Unik Di Dunia
1. Buzkash- Berebut Bangkai Kambing
Buzkashi, secara literalnya bermaksud "Berebut kambing ". Ia adalah sukan kebangsaan unik bagi Afghanistan. Ramai ahli sejarah percaya bahawa Buzkashi berasal dari Turki, yang kemudiannya dikongsi dengan penduduk-penduduk tempatan di Utara Afghanistan. Terdapat dua jenis utama Buzkashi, Tudabarai dan Qarajai. Tudabarai adalah agak mudah berbanding dengan Qarajai. Kedua-dua permainan dimainkan menggunakan kuda dan bangkai kambing. Yang direbut adalah bangkai kambing bukannya bola ya.
2. Gajah Polo
Gajah Polo telah diperkenalkan ke India pada awal tahun 1900 oleh golongan bangsawan British. Sejak itu permainan ini telah menjadi begitu popular. Terdapat satu kelab yang diwakili oleh pemain-pemain Polo Gajah yang dikenali sebagai "World Elephant Polo Association (WEPA)". Kejohanan tahunan dunia juga turut diadakan yang disertai oleh banyak negara, termasuk Australia, Britain, Jerman, Hong Kong, New Zealand, England,
Scotland, Nepal, Sri Lanka dan Thailand. Walaupun
permainan ini agak perlahan, tahap kemahiran pemain-pemain
adalah luar biasa. Permainan yang memerlukan kesabaran yang tinggi ni..
3. Panjat Batang Pinang
Panjat Pinang adalah salah satu sukan yang sangat unik yang diadakan untuk menyambut Hari Kemerdekaan Indonesia. Setiap tahun, di bandar-bandar dan kampung-kampung di seluruh negara, pokok pinang ditebang dan batangnya diletakkan secara menegak didalam satu baris. Sebuah roda penuh berisi hadiah diletakkan di atas. Batang pinang kemudiannya dilumur dengan minyak, sebelum mereka-mereka yang berminat dijemput untuk memanjatnya bagi mendapatkan hadiah. Antara hadiah-hadiah yang disediakan termasuk makanan seperti keju, gula, tepung, dan pakaian. Boleh bayang betapa kelakarnya dia orang masa nak panjat tu..
4. Naki Sumo
5. Bo-Taoshi
Source
memang unik sukan2 ni semua... ada antaranya pernah dengar dan ada antaranya baru pertama kali dengar atau baca...
ReplyDeleteunik btul sukan2 d nyatakan...paling unik sukan naki sumo...
ReplyDeletewahh..betul betul unik la :)
ReplyDeletenaki sumo.. sian pulak budak2 dorg wat cm tu...
ReplyDeletehahahaa. lucu lah.. mcm2 lah depa nii.. :)
ReplyDeleteyang pelik tu nak berebut bangkai kambing,untuk apa?nak makan ke?hehehehe..
ReplyDeletebayi menangis? tu nak mendera budak tu..
ReplyDeleteBayi tu tengok je ahli sumo tu pun dah menangis... :)
ReplyDeletememang betul-betul unik sukan mereka.. macam mana la nak panjat batang pinang tu kalau lumur minyak..
ReplyDeletelain padang lain belalang.. setiap tempat ada aktiviti atau sukan yg tersendiri...
ReplyDeleteTengok badan ahli sumo da seram ini kan pulak bayi. Cian dia nanges.
ReplyDeletePolo gajah tu mcm lembab je permainan tu hehee :D
ReplyDeleteSeronok baca posting ni..baru mengetahui tentang sukan2 ni
ReplyDelete