
Bayi Mati Akibat Cemburu
Bayi 2 Minggu, Di Pukul Hingga Mati
Akibat cemburu, seorang bayi lelaki berusia dua minggu mati dipukul oleh bapanya di rumah kongsi pekerja ladang kelapa sawit di Daerah Beluran. Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, lelaki berusia 34 tahun rakyat Indonesia itu turut mencederakan isterinya berusia 35 tahun dan tiga lagi anaknya berusia dua, empat dan tujuh tahun.
Siasatan awal mendapati kejadian itu bermotifkan cemburu
apabila lelaki berkenaan mendakwa isterinya mempunyai hubungan sulit
dengan lelaki lain. Selepas pergaduhan, lelaki terbabit bertindak menikam beberapa kali kepala isterinya menggunakan gunting.
Masih tidak puas hati, lelaki tersebut bagai dirasuk apabila memukul empat anaknya termasuk bayi
berkenaan, anak perempuan berusia tujuh tahun dan dua tahun serta anak
lelaki berusia empat tahun menggunakan besi paip. Bayi berkenaan mati di tempat kejadian, manakala isteri dan
anak perempuannya yang berusia dua tahun cedera parah dan dirawat di
Hospital Duches of Kent Sandakan.
p/s: kejamnya manusia ni...
aida mmg sedih kalau bab2 kematian baby nie raudzah...kenapalh jadi macam tu
ReplyDeletekejam betul bapanya.. menakutkan betul manusia zaman sekarang.. :(
ReplyDeleteAstaqfirullahal'azim.. kenapa la sanggup bertindak mcm tu sekali?
ReplyDeleteeh?pelik lelaki ni..
ReplyDeleteAstagfirullah.. mmg kejam..
ReplyDeletekejamnya lelaki tu
ReplyDeleteapabila emosi tidak diurus dengan baik..insan yang tak berdosa menjadi mangsa.
ReplyDeleteSaya ajak baca entri terkini bertajuk-Segmen Inspirasi Jutawan
Kenapa anak yg menjadi mangsa??
ReplyDeletekat sabah ni kan...kejamnya sanggup bunuh bayi seusia tu? hmm
ReplyDeleteAda baca pasal news ni....baby yg tak berdosa pun jadi mangsakan...
ReplyDeleteDia ingat anak tu bukan anak dia tu, tu yg dibunuh budak kecik tu
Mengapakah kita hendak menginsankan jiwa yang kejam pada kalbu yang dianugerahkan oleh-Nya dengan kesucian. Pulanglah ke pangkal jalan.
ReplyDeleteTak tau nak samakan dengan apa manusia sebegini... Binatang pun sayangkan anaknya
ReplyDelete
ReplyDeleteشركة مكافحة حشرات بالرياض
شركة كشف تسربات بالرياض
شركة عزل اسطح بالرياض
شركة تسليك مجاري بالرياض
شركة تنظيف كنب بالرياض
شركة تنظيف مساجد بالرياض
شركة تنظيف سجاد بالرياض
شركة تنظيف خزانات بالرياض