Kekejaman Di Syria Petanda Akhir Zaman?

Korban Perperangan Di Syria

Kekejaman di Syria Petanda Akhir Zaman


Mungkin ramai yang dah baca artikel ni,  Kisah peperangan dan kekejaman yang berlaku di syria dan hubungkaitnya dengan akhir zaman. Bagi  kita ianya suatu artikel yang cukup bagus. Menjawab beberapa persoalan yang mungkin menjadi teka-teki sebahagian dari kita sebelum ini. Dan bila kita baca, kita rasa rugi kalau kita tidak kongsikan artikel ni dengan semua pembaca Blog Santai.

Artikel ni ditulis oleh Nurulfatiha Muah, wartawan Sinar Online, hasil temubual beliau dengan  Ustaz Nazmi Karim. Semoga sedikit sebanyak cerita ini mampu membuka minda kita untuk memahami keadaan yang berlaku disana dan menyediakan diri ke arah yang lebih baik sebagai umat akhir zaman. Artikel ini panjang dan tidak diringkaskan kerana kita bimbang ada pengisian yang mungkin terlepas. 

Antara isu yang di bincangkan adalah:

1. Apakah ada Nas yang boleh dikaitkan dengan andaian bahawa Kekejaman Di Syria Petanda Akhir Zaman.
2.  Kenapa Syria menjadi tumpuan?
3.  Apa yang berlaku sebelum kemunculan Imam Mahdi?
4.  Apakah keadaan yang berlaku di Syria ketika ini disebut dalam hadis Nabi?
5.  Apakah Persengketaan di Syria ada kaitan dengan Syiah - Sunni?

Memandangkan banyak isu yang dibincangkan kita akan bahagikan artikel ini untuk beberapa siri. Siri pertama berkisar isu satu dan dua.

Ada atau tidak Nas yang boleh dikaitkan dengan andaian bahawa peperangan dan Kekejaman di Syria Petanda Akhir Zaman?


Petanda akhir zaman memang disebut dalam hadis Nabi Muhammad SAW. Baginda berulang dua kali mengatakan bahawa akan berlaku peperangan besar yang  apabila peperangan ini terjadi, perkhemahan orang Islam paling ramai adalah di sebuah tempat bernama Ghouta Dimashq yang bermaksud kebun besar yang mengelilingi bandar Damsyik di Syria. Nabi kata, di kebun besar ini ada sebuah bandar dikatakan namanya Damsyik, sebaik-baik tempat tinggal umat Islam ketika itu. Ini tanda-tanda akhir zaman. Kalau kita lihat di Syria sekarang ini, kawasan ini jadi tempat paling ramai mujahidin berhimpun. Tempat lain ada ramai juga, tetapi tempat ini yang disebut Rasulullah SAW.

Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah bersabda; “Tidak akan terjadi hari Kiamat sehingga kaum Rom turun di kota Amaq (Lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (dekat Aleppo, Syria). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rom, biarkanlah (jangan kalian halang) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, Demi ALLAH, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu solat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s.” (Riwayat Muslim dari Sayidina Abu Hurairah RA).

Wallahua'lam, berdasarkan hadis itu, jika benar Amerika Syarikat serang Syria, mereka akan masuk kawasan itu iaitu di pesisiran laut. Kalau betullah ia berlaku,  maknanya tentera Perjanjian Pakatan Atlantik Utara (Nato) dan Rom ini akan masuk ikut ke pantai menyerang seluruh Syria. Nabi kata, ALLAH akan menghantar tentera mujahidin dari bandar Damsyik akan bergerak menuju ke Dabiq dan berlaku peperangan nanti di sana. Jadi kebanyakan peperangan akhir zaman itu akan berlaku belah-belah negara Syria dan Syam.

Kenapa tumpuan diberikan kepada negara di sebelah Syria?


Mungkin ada beberapa faktor. Dari segi kawasan, ia strategik dan kedudukan geografi Syria menyambung hubungan darat antara Syria dengan Eropah, Afrika dan Asia. Kedua, Nabi Isa AS akan turun di Syria berdasarkan hadis Rasulullah SAW. 

Baginda bersabda Nabi Isa AS akan turun di Menara Putih sebelah timur Kota Damsyik. Jika dilihat pada gambarnya, ia bukan menara masjid, tetapi sebuah pasar lama di dalam sebuah kota lama.

Di sini ramai orang Kristian. Mereka juga sudah tahu perkara ini dan bersiap-siap untuk sambut Nabi Isa AS. Sebab itu bumi Syria jadi tumpuan ramai termasuk orang berfahaman Syiah, Kristian, Yahudi, selain orang Islam sendiri. Turut menjadi tumpuan kerana Imam Mahdi akan menyambut turunnya Nabi Isa AS di Damsyik seperti yang pernah disebut dalam hadis Rasulullah bahawa Nabi Isa akan turun di Menara Putih itu ketika solat Subuh dan disambut oleh Imam Mahdi.

Jika ini benar-benar petanda yang menjurus ke akhir zaman, sama-samalah kita bersedia untuk memperkukuhkan iman, kerana dugaan umat Islam di akhir zaman adalah terlalu besar. Hanya mereka yang beriman mampu menyelamatkan diri. Sehingga bertemu lagi di siri kedua.

Comments

  1. sedih la..tak suka kekejaman yang berlaku :(

    ReplyDelete
  2. rasa berdebar baca artikel ni.. kita semua telah berada di akhir zaman itu.. berdebar menanti saat turunnya Nabi Isa a.s.. adakah aiza sempat untuk merasai keadaan pada ketika itu?

    ReplyDelete
  3. siap diri dan keluarga sebelum mengadapNYA

    ReplyDelete
  4. Sedih bila tengok perang-perang nie..

    ReplyDelete
  5. Wallahualam...hanya Allah yg mengetahui. Kita perlu bersedia sepanjang masa

    ReplyDelete
  6. Sesuatu yg patut kita semua ambil peringatan & kesedaran.. wallahualam..

    ReplyDelete
  7. Allah sahaja yang mengetahui...yg pasti kita kena sentiasa perkuatkan iman...

    ReplyDelete
  8. Timekasi byk Raudzah atas perkongsian ini

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat