Kekejaman Di Syria, Petanda Akhir Zaman (Siri Dua)
Kekejaman Di Syria
Kekejaman Di Syria, Petanda Akhir Zaman?
Kalau
dalam siri pertama kita telah menyentuh tentang apakah ada Nas yang
boleh dikaitkan dengan andaian bahawa kekejaman di Syria adalah Petanda Akhir
Zaman. dan juga kenapa Syria menjadi tumpuan, didalam siri kedua ini
kita akan berkongsi mengenai dua perkara berikut:
1. Apa yang berlaku sebelum kemunculan Imam Mahdi?
2. Apakah keadaan yang berlaku di Syria ketika ini disebut dalam hadis Nabi?
Apa yang berlaku sebelum Imam Mahdi muncul?
Sebelum turun Imam Mahdi, Nabi Muhammad SAW kata, akan berlaku pembunuhan tiga orang anak khalifah yang mana mereka berebut harta karun di Kaabah, Mekah. Saya tidak pasti apa yang direbutkan itu, tetapi ketiga-tiga mereka tidak berjaya. Maka berlakulah fitnah yang besar antara orang Islam sendiri, sehingga muncullah Imam Mahdi.
Imam Mahdi adalah keturunan Nabi Muhammad SAW dan namanya sama seperti nama nabi, Muhammad bin Abdullah. Beliau akan muncul di Makkah apabila fitnah kuat melanda dan dibai’ah antara bucu Kaabah dengan makam Nabi Ibrahim AS. Kemudian. Imam Mahdi akan mengetuai mujahidin bergerak ke Syria. Apabila sampai di Syria, masa itu Dajjal sudah keluar dan memang tujuan utamanya hendak melawan Dajjal. Apabila Nabi Isa AS turun, tugas utama baginda ialah untuk membunuh Dajjal.
Pada masa itu, Dajjal sudah mengelilingi dunia untuk merosakkan orang Islam dan mengkafirkan orang sehingga akhirnya Nabi Isa AS kejar Dajal sampai di satu tempat bernama Bab Luddin di Palestin. Di situlah akan dibunuhnya Dajjal. Dajjal apabila tengok Nabi Isa AS itu, dia jadi cair macam batu garam yang disirami air.
Keadaan yang berlaku di Syria ketika ini, seolah-olah mengikut skrip iaitu hadis Nabi?
Ya, memang betul mengikut skrip. Nabi sebut akan berlaku peperangan besar, sekarang ini berlaku perang di Syria. Ramai orang tak tahu sebabnya. Kebangkitan di Syria berlaku pada Mac 2011. Puncanya sekumpulan kanak-kanak sekolah rendah di sebuah bandar bernama Dar’a. Kanak-kanak ini conteng dinding sekolah dengan perkataan 'Ash-sha’ab yurid isqaat an-nizam' bermaksud ‘rakyat hendak jatuhkan kerajaan’. Mereka tulis perkataan itu bukan sebab diajar, tetapi masa itu berlakunya Arab Spring iaitu kebangkitan negara Arab di Tunisia, Yaman dan Mesir. Apabila kebangkitan itu, semua negara ini tulis slogan yang sama iaitu “Ash-sha’ab yurid isqaat an-nizam” ketika berdemonstrasi. Kanak-kanak ini tidak tahu apa-apa.
Mangsa Perperangan Dan Kekejaman
Polis datang ke sekolah dan mengarahkan sekolah ditutup. Kanak-kanak yang terlibat ditangkap, dipenjarakan dan diseksa. Antara seksaan yang dikenakan ialah dicabut kuku mereka. Keluarga kanak-kanak ini datang ke balai minta anak-anak mereka dibebaskan, tetapi polis kata: “Lupakan anak engkau dan engkau buat yang lain. Ataupun engkau hantar bini engkau di balai polis, kami akan buat bini engkau mengandung lagi sekali”. Ayat ini yang saya dengar sendiri daripada orang Syria bercerita ketika kes itu berlaku. Rentetan itu, orang kampung mula keluar berdemonstrasi aman dan itu merupakan kali pertama rakyat Syria buat demonstrasi aman minta anak dibebaskan. Sebelum ini, mereka memang tidak berani lawan kerajaan langsung kerana kerajaan memang amat zalim.
![https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEidB5PoSLIf32OoqZ8eR5p-c0-uT2H5hoZKmPV_8j9rG7_sUIWpQqZPGERHLjAZNh0Wdvy79utWLCRGEI1yVt5j1Y5ah3zodN1bge-yzQW_zvOpK2CzTUNdO0iie96t4m_wyPBP5tLDjzo/s1600/A-Sad-view-Syrian-Civil-War.jpg](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEidB5PoSLIf32OoqZ8eR5p-c0-uT2H5hoZKmPV_8j9rG7_sUIWpQqZPGERHLjAZNh0Wdvy79utWLCRGEI1yVt5j1Y5ah3zodN1bge-yzQW_zvOpK2CzTUNdO0iie96t4m_wyPBP5tLDjzo/s320/A-Sad-view-Syrian-Civil-War.jpg)
Mangsa Kekejaman
Entah bagaimana, mereka yang berdemonstrasi aman ini pula akhirnya ditembak anggota keselamatan. Ramai yang mati. Peristiwa ini tersebar ke seluruh Syria. Kebetulan, masa itu di negara Arab yang lain sudah berlaku kebangkitan. Rakyat Syria memang tidak fikir untuk lawan kerajaan, tetapi mereka hanya hendak kanak-kanak yang ditahan itu dibebaskan. Itu saja. Apabila sudah jadi begitu, mereka pun tidak tahan, maka muncullah Tentera Pembebasan Syria (FSA) setelah enam bulan rakyat Syria ditangkap, diseksa dan dibunuh. FSA merupakan sukarelawan rakyat Syria yang hendak pertahankan maruah dan akidah mereka. Mereka yang mula pertahankan keluarga sendiri daripada kerajaan pimpinan Bashar al-Assad.
Jika
ini benar-benar petanda yang menjurus ke akhir zaman, sama-samalah kita
bersedia untuk memperkukuhkan iman, kerana dugaan umat Islam di akhir
zaman adalah terlalu besar. Hanya mereka yang beriman mampu
menyelamatkan diri. Sehingga bertemu lagi di siri kedua.
- See more at: http://myblogsantai.blogspot.com/2013/10/kekejaman-di-syria-petanda-akhir-zaman.html#sthash.tm8Z5sAI.dpuf
- See more at: http://myblogsantai.blogspot.com/2013/10/kekejaman-di-syria-petanda-akhir-zaman.html#sthash.tm8Z5sAI.dpuf
Walaupun apa yang
dikongsikan mempunyai persamaan, kita perlu ingat bahawa segala apa yang
terjadi di Dunia ini adalah rahsia Allah SWT. Hanya Allah SWT sahaja
yang mengetahui kebenarannya. Tugas kita sebagai manusia adalah untuk mempersiapkan diri dengan amalan secukupnya untuk hari akhirah. Sehingga bertemu lagi di siri ketiga.
mohon doakan kesembuhan Adik yer !
ReplyDeletenice sharing kak :)
ReplyDeletesinggah klik nuffnang :)
ReplyDeletesedih memandang mangsa kekejaman ini...:'(
ReplyDeletehurmm sedih baca.. ;(
ReplyDeletesubhanallah
ReplyDeleteBaru saya tahu permulaan perang di Syria, memang sebelum ini tidak tahu langsung berkenaan bagaimana ia boleh tercetus.
ReplyDeleteSaya fikir, ia terjadi sebab saja-saja terikut-ikut dengan negara Arab lain yang bergolak.. rupanya ada cerita dia sendiri yang jauh tak sama dengan negara lain.
Astagfirullah.. mmg ada persamaannya jika kita perhalusi betul2.. subhanallah, Maha suci Dia yg lebih mengetahui..
ReplyDeleteTerkedu seketika sehabis membaca entri ni.. sesungguhnya pada Allah tersimpan segala rahsia
ReplyDeletezalimnya.. nampak sikap dayus mereka sehingga kanak-kanak pun sanggup diseksa dan dibunuh..
ReplyDelete