Nyanyuk
Kurang Tidur Punca Nyanyuk?
Kurang tidur dikatakan antara punca utama nyanyuk. Inilah antara penemuan yang agak menakutkan yang mengaitkan amalan tidur seseorang dengan tahap ingatan. Biarpun nyanyuk atau alzheimer, seringkali dikaitkan dengan mereka
yang berumur 65 tahun ke atas, tetapi sebenarnya ia juga boleh berlaku
kepada mereka yang kurang dari usia warga emas itu.
Tanda-Tanda Nyanyuk (Klik gambar untuk besarkan)
Tanda-Tanda Nyanyuk/Alzheimer
Mereka yang mengidap Alzheimer, akan mengalami suatu symptom dimana seseorang itu tidak mampu untuk mengingati sesuatu perkara yang baru berlaku. Kes yang biasa berlaku adalah mereka-mereka ini tidak dapat mengingati di mana sesuatu barang itu diletakkan. Sekiranya ia sangat kerap berlaku dalam sesuatu masa (sehari), itu adalah tanda-tanda awal pengidap alzheimer.
Penyakit ini juga dapat dikesan berlaku apabila seseorang itu yang
pada keadaan biasa, suka bergaul, secara tiba-tiba lebih gemar
menyendiri, menjadi pendiam dan mengasingkan diri daripada orang di
sekelilingnya. Alzheimer juga boleh membawa kepada satu tahap yang agresif seperti
bercakap secara berulang-ulang, cepat naik angin sehingga kadang-kadang
menjerit dan lebih teruk bertindak menendang apa sahaja yang ada
berhampirannya.
Tahap Kritikal Nyanyuk/Alzheimer
Mereka-mereka yang mengidap alzheimer pada tahap kritikal sering melihat atau mendengar sesuatu yang sebenarnya tidak wujud
(halusinasi). Pada tahap ini, sel-sel otak tidak lagi berfungsi
sepenuhnya. Adakalanya mereka-mereka ini akan bertindak diluar batas kemanusiaan.
Setakat ini, menu pemakanan bukanlah antara penyebab penyakit alzheimer berlaku dan ia juga bukan penyakit keturunan. Tetapi, sekiranya dalam sesebuah keluarga itu mempunyai pesakit ini,
peratusan risiko untuk ahli keluarga lain mendapat nasib sama, ada.
Stress
Rawatan Untuk Penyakit Nyanyuk/ Alzheimer
Seseorang yang menghadapi alzheimer ini tidak akan
perasan dengan perubahan mereka, tetapi orang di sekeliling perlu
mengambil tindakan segera supaya ia tidak berlarutan kerana boleh
menyebabkannya berada dalam keadaan kritikal.
Pesakit alzheimer biasanya tidak akan pulih sepenuhnya biarpun telah melalui rawatan, samada melalui kaunseling atau pengambilan ubat yang disediakan. Bagaimanapaun ianya mungkin akan mengurangkan lima peratus daripada masalah yang dihadapi kepada yang lebih baik.
p/s: Selain daripada kurang tidur, sikap pelupa/nyanyuk dikhalangan orang muda juga selalu dikaitkan dengan stress atau diet dan gaya hidup yang tidak sihat. Antara perkara yang boleh kita lakukan ialah banyakkan membaca al-quran serta amalkan kehidupan yang aktif dan sihat.
Kena pastikan waktu tidur dijaga.. mudah2an juga dgn ibadah dpt melindungi daripada sifat2 lupa ini.. in shaa Allah. Thanks sharing :)
ReplyDeleteBetul tu Khir..Mudah-mudahan kan..
Deletebahaya juga kalau kurang tidur kan sis?
ReplyDeleteYups sis..make sure kita cukup tidur k..
DeleteRisau juga nih! Saya biasanya kurang 5 jam sehari tidur....
ReplyDeleteKena cukupkan satu jam lagi BM..
Deleteaiza pun selalu tidur 4-5 jam je.. betul tu, kena amalkan membaca al-quran selalu..
ReplyDeleteTry cukupkan 6 jam aiza..mungkin tidur awal sikit kot..
DeleteKalau terlebih tidur pula? hehee
ReplyDeleteOrang dewasa tak boleh lebih dari 6 jam cikgu..nanti haywire..
Deleteyekeh?nasib xsmpt nanyuk lagi sbb half...cume mata to become as like panda eyes..heheh
ReplyDeleteKelakarlah TB..nway still boleh betulkan mata panda tu..
DeleteKalau tanya macam 2-3 kali rasanya OKje pun ada hehe...Takkan le nynyuk pulak ....ha sudah!....Tulah ada gak org kata banyakkan baca alQuran utk elak nyanyuk!...
ReplyDelete