Lembu Mengamuk Menjelang Aidil Adha
Lembu Mengamuk Menjelang Raya
4 Cedera Di Serang Lembu Mengamuk
Seekor lembu yang melarikan diri dari sebuah kandang kira-kira 5km dari bandar Ipoh, telah menyerang sembilan warga emas pelancong Singapura, yang sedang menikmati tau fu fah di sebuah
gerai di Jalan Raja Musa Aziz pada kira-kira 4.00 semalam.
Serangan tersebut telah menyebabkan empat orang tercedera, termasuk seorang lelaki warga emas, yang berusia 74 tahun. Beliau yang jatuh cedera di telinga, jari dan lengan. Lembu tersebut turut mencederakan dua lagi pelancong wanita yang terjatuh ketika serangan tersebut. Keduanya telah dimasukkan ke unit kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun pada kira-kira pukul 6 petang. Dua lagi rakan mereka lebam dan luka.
Lembu Akhirnya Di Tangkap di Gospel Hall
Selepas menyerang pelancong, lembu tersebut berlari ke Jalan Yau Tet Shin, berdekatan restoran yang menjual ayam beansprout popular di Ipoh dan seterusnya ke Jalan Sultan Iskandar diikuti oleh anggota polis dan pegawai-pegawai dari Jabatan Pertahanan Awam. Haiwan itu akhirnya terperangkap ketika memasuki Elim Gospel Hall di Jalan Chung Thye Phi.
hehehe , haish , macam2 ade hikmahnya tuh , ehehehe ~
ReplyDeletememang bahaya CP..yup mungkin ada hikmahnya kan..
DeleteMmg lembu jenis garang ni.. :)
ReplyDeletememang ganas khir..bahaya kan..
Deletebahayanya kalau lembu terlepas..
ReplyDeleteLa kesian nyer mangsa pada lembu.. dan lembu tu pun kesian sebab mengganas tak tentu arah sbb suasana .. Selamat hari raya aidil adha :D
ReplyDeletehehe...macamanalah boleh terlepas....Seram jugak tu nak kena sembelih agaknya!
ReplyDeleteKejadian yang tak sepatutnya berlaku, mungkin ada AJK korban yg kurang tanggugjawab menyebabkan kejadian ini terjadi. Simpati kepada warga emas pelancong spore tu.
ReplyDelete