Misteri Penjara Gitarama
Kesesakan Yang Melampau
Kesesakan Di Penjara Gitamara
Penjara Gitamara yang terletak di Kagali, Rwanda sinonim dengan istilah neraka
dunia. Kalau Penjara Guantanamo terkenal dengan kekejamannya, Penjara Gitamara terkenal kerana kehodohan dan kesesakannya.
Tidur Berdiri
Biarpun dibina hanya untuk menempatkan lebih kurang 500 tahanan, penjara Gitarama kini mempunyai lebih daripada 6,000 tahanan. Terlalu sesak sehingga ramai tahanan terpaksa
berasak-asak dan berhimpit hanya untuk tidur pada waktu malam. Disebabkan keadaan penjara yang terlalu sesak banduan di sini tidak mempunyai pilihan kecuali
berdiri sepanjang hari dan sepanjang malam.
Keadaan lantai adalah lembap dan dipenuhi dengan najis memburukkan lagi keadaan. Ramai yang mengalami masalah kaki reput dan terpaksa di potong. Penjara ini juga terlalu busuk sehingga baunya dapat dihidu dalam jarak setengah batu jauhnya.
Keadaan lantai adalah lembap dan dipenuhi dengan najis memburukkan lagi keadaan. Ramai yang mengalami masalah kaki reput dan terpaksa di potong. Penjara ini juga terlalu busuk sehingga baunya dapat dihidu dalam jarak setengah batu jauhnya.
Di penjara ini juga tidak ada sebarang bantuan atau kemudahan perubatan malah banduan
terpaksa mencari makanan sendiri untuk dikongsi bersama demi
kelangsungan hidup. Kehidupan mereka terbiar. Ramai diantara mereka yang kelaparan, sehingga ke tahap menggigit ketulan daging diantara satu sama lain untuk terus hidup.
Kebanyakan tahanan di sini terpaksa disumbat ke dalam penjara
berikutan perang saudara yang berlanjutan sehingga ada yang mati dan
hilang akal kerana ditempatkan terlalu lama. Pihak kerajaan langsung tidak mempedulikan mereka yang dianggap sebagai bebanan kerana kekurangan dana.
Banduan Terabai
Tanpa sebarang kemudahan asas, perubatan dan makanan, banduan yang
dimasukkan di sini umpama menunggu detik akhir hayat tanpa sebarang
pembelaan dan harapan untuk keluar mahupun hidup.
euuuu.. baca pon dah rasa geli... tapi kesian jugak la kan kat depa
ReplyDeletehe..he..kesian lieya..jgn muntah ya..
Deletekejamnya kerajaan mereka.. macam masuk neraka dunia pula sesiapa yang dipenjarakan di situ ya..
ReplyDeletefirst time tngok penjara sebegini sempit..kesian dgn mereka yang terpaksa berhimpit..
ReplyDeletemcm bgus je klu mcm ni kt mlysia..bwu org xnak buat jhat sbb takot msuk pnjara..haha! kejam x..hehe..
ReplyDeleteLebih teruk dari sardin dlm tin.. melanggar batas hak asasi kemanusiaan. Ini bukan menghukum, ini menganiaya.. Thanks sharing..
ReplyDeleteYa Allah, awat teruk sgt tu .. maaf lambat terjah semula, bercuti, busy dgn keje & kesihatan Adik x mengizinkan lately !
ReplyDeletepenganiayaan mental ni.
ReplyDeleteTak tergambar akan teruknya tempat ini, bayangkan bau busuk setengah batu boleh di hidu...pusat kumbahan pun xmacam tu...
ReplyDeleteboleh sakit mental duduk (kut ye leh duduk) dalam ni...
ReplyDeletedugaan masing -masing harap mereka akan terlepas
ReplyDeleteerkk..keciannya..kalau cmtu baik lepas je..ni dah mcm siksa je :(
ReplyDeleteramainyer banduan..
ReplyDeleteLebih baik bunuh je la dari dibiarkan trseksa begini
ReplyDelete