Pasaraya C-Mart Di Jitra Runtuh

 
Struktur bumbung anjung Masjid Kampung Tebauk Bukit Tunggal, Terengganu yang runtuh

Kisah Pasaraya Runtuh Di Jitra


Kisah bangunan runtuh semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Kalau sebelum ni, Terengganu mendenominasi kisah bangunan runtuh, namun kini kisah bangunan runtuh telah merebak ke negeri-negeri lain.
 
Pasar Raya C-Mart Yang Runtuh
Pasar Raya C-Mart Yang Runtuh

Yang terbaru kejadian runtuh berlaku di Kedah dan Melaka. Yang berbeza hanyalah sebab keruntuhan. Di Jitra, Kedah sebahagian bangunan Pasar Raya C-Mart di Bandar Darul Aman Industri runtuh awal pagi tadi. Kejadian pada pukul 8.40 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan memandangkan pasar raya itu beroperasi pada pukul 10 pagi. Bahagian yang runtuh melibatkan tempat pakaian dan kasut berjenama. Pasar raya itu beroperasi sejak 25 Julai lalu.


Madrasah Di Simpang Bekoh, Melaka, Tumbang Di Pukul Ribut


Madrasah Runtuh Di Melaka


Manakala di Melaka, sebuah madrasah di Simpang Bekoh, yang sedang dalam pembinaan runtuh akibat dipukul ribut, tengah malam kelmarin. Kejadian berlaku jam 12 malam kelmarin, menyebabkan keseluruhan bangunan terbabit runtuh dan menghempap sebuah kereta Proton Saga yang diletakkan di situ. Sebelum kejadian, seramai 15 jemaah baru selesai mengikuti kuliah tauhid di madrasah itu yang sudah hampir 90 peratus siap.

Yang pasti kita semua patut bersyukur, dalam beberapa kejadian keruntuhan bangunan yang berlaku, kebanyakannya tidak melibatkan mangsa kecuali kejadian Jambatan runtuh di Pulau Pinang yang mengorbankan seorang lelaki. Mungkin ini peringatan dari Allah. Semoga kita semua sentiasa ingat padaNya.


Comments

  1. alahai..teruknyer....

    ReplyDelete
  2. ui,, takutnya tengok bangunan runtuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Scarykan mama..nasib tak ada yang terperangkap..

      Delete
  3. makin menjadi2 pula teruknya bangunan ciptaan manusia yg dibina oleh kontraktor2 dari pihak ***** runtuh sekarang ni... tulah kalo semuanya nak untung tanpa fikirkan kualiti... Harap pihak berwajib pantau yang patut2nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kualiti barang yang digunakan salah satu sebabkan ieta..

      Delete
  4. hurm banyaknya keruntuhan yang berlaku

    ReplyDelete
  5. kuasa Allah lepas mereka selesai tuntut ilmu merka selamt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Suri..Allah bagi peringatan waktu tak ada orang sekitar..

      Delete
  6. hurm, banyak kes bangunan runtuh sekarang ni, yang menjadi tanda tanya foundation tu, ada bahan yang tak cukup ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga Farah..macam kat Terengganu kebanyakannya sebab penggunaan bahan yang mengikut spesifikasi..

      Delete
  7. cmart tu kan Raudzah kat Jitra bukan Aloq Staq.

    ReplyDelete
  8. Kenapa ya? Adakah kerana bahan binaanya tidak cukup stabil. Simen tak cukup kuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tunggu siasatan k...mungkin bahanyang dia orang guna kot..hmmm

      Delete
  9. hebat mana pun manusia.. hebat lagi Allah... itulah nk kita berfikir sbnrnya..

    ReplyDelete
  10. Walaupun tiada gempa bumi tetapi kejadian runtuh sering jua berlaku. Tapi syukur...tiada kemalangan jiwa berlaku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup kalau itu yang Allah kehendaki, pasti ianya akan berlaku kan BM..tak payah tunggu gempa..

      Delete
  11. pasaraya cmart kat jitra tu nad pena pegi huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Really nad..tapi macam something tak kena aje tengok pada gambar tu..hmmm

      Delete
  12. Astagfirullah.. nasib baik tiada kemalangan jiwa. Risau klu kejadian mcm ni berlaku waktu ada di tempat2 mcm ni.. nauzubillah..

    ReplyDelete
  13. syukur tidak melibatkan mangsa yang terkorban.. betul tu, mungkin peringatan dari Allah untuk kita semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup Aiza..semoga kita tak lalai bila diberi amanah..

      Delete
  14. mungkin bahan binaan dah tak asli aka bercampur nak jimat kos ... alhamdulillah , x de nyawa terkorban ...

    ReplyDelete
  15. bahayanyer.. lately byk sgt kisah2 runtuh nikan !

    ReplyDelete
  16. huisghh dasyat nyee..ni mst ade gune barang expired date ni..rapuh semacam

    ReplyDelete
  17. Yelahkan Raudzah.... apa apa yg berlaku semua ada hikmahnya

    ReplyDelete
  18. click here to find out more i loved this why not find out more check my source visit this site you can try these out

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat