6 Jenis Manusia Yang Di Benci Allah

Salam Motivasi Untuk Semua Pembaca Blog Santai,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgC-CHPY2ozoHAjIvuhGuFuRmR9qACiHRohnyrvEwAh2zFkwgd_L6_NhFVTOWYdExvsHV5sHyI_fQ6cYRoeWJ06-sPH7i4ERW-h1TZlVWs7Y2bB0GIz7nG2e_WRYikFpFSdHorlrMAKTvg/s1600/ujian+Allah.jpg
Ujian Allah (Source)

6 Jenis Manusia Yang Di Benci Allah


Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi dengan pembaca-pembaca Blog Santai hari ni adalah mengenai kisah 6 Jenis Manusia yang Di Benci Allah.
 
Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: "Ada enam orang yang Aku benci/kutuk dan Allah S.W.T juga membencinya/mengutuknya. Sesungguhnya Allah S.W.T tidak akan memandang mereka di hari kiamat dengan pandangan kasihan". Mereka itu adalah:

1. Orang yang menambah isi Al Quran (Dengan tafsiran atau takwil yang menyimpang)
2. Orang yang tidak menerima takdir Allah S.W.T
3. Orang yang berkuasa yang suka memaksa dan takkabur, sehingga dia memuliakan orang yang dihinakan oleh Allah, dan dia menghina orang yang telah dimuliakan oleh Allah.
4. Orang yang menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah di Mekah.
5. Umatku yang menghalalkan apa-apa yang telah diharamkan oleh Allah.
6. Dan orang yang meninggalkan sunnahku.

Secara kesimpulannya, jauhi enam perkara diatas. Yang paling hampir dengan kita adalah perkara dua iaitu tidak dapat menerima takdir Allah apabila diuji. Tanpa sedar kita telah menjemput kebencian Allah. Dan begitu juga perkara enam, apabila ada diantara kita yang bukan sahaja tidak mengikut sunnah Nabi bahkan memperkecilkan nya. Semoga kita semua bukan salah seorang daripada mereka.

Jaga Diri, Hiasi Peribadi. Selamat Beramal & Wasalam. 

Comments

  1. time kasih sharing..alhamdulillah minx dieelakkan la sume ni

    ReplyDelete
  2. Makseh ingatkan cik akak....:)

    klik nuffnang ....mudahan dimurahkan rezeki amin

    ReplyDelete
  3. salam jumaat raudzah.. semoga kita semua tak tergolong dalam golongan seperti di atas..

    ReplyDelete
  4. mudah mudahan kita tidak tergolong dalam golongan yang dibenci..

    ReplyDelete
  5. Semoga kita semua dijauhi dari tergolong dikalangan mereka.. aamiin..

    ReplyDelete
  6. peringatan yang baik buat semua...

    ReplyDelete
  7. teruskan usaha dakwah sebegini Rauzhah..insyaAllah..ada imbalannya diakhirat nanti :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat