Kontroversi Restoran Nasi Ganja Di Ipoh!!!

Ze Aida Tampil Memohon Maaf

Kontroversi Restoran Nasi Ganja Di Ipoh


Kontroversi isu kehadiran "Najis" di Restoran Nasi Ganja di Ipoh begitu hangat diperkatakan sepanjang minggu ini. Kemuncak isu tersebut diredakan apabila Ze Aida, pemilik facebook yang didakwa memuat turun  kenyataan tersebut di laman Facebook nya tampil memohon maaf daripada tuan punya Restoran Nasi Vanggey Di Ipoh Semalam. Menurut beliau, status tersebut hanya dicopy daripada status yang di update oleh seorang rakannya.

Restoran Nasi Ganja Diarahkan Tutup Selama Dua Minggu

Pengajaran Isu Nasi Ganja


1. Berhati-hati semua apabila memuat naik status di Facebook atau Blog. Jangan sampai kenyataan kita mengundang fitnah. Ini adalah peringatan untuk diri kita juga.
2.  Restoran diarahkan tutup untuk tempoh masa dua minggu kerana melanggar syarat di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983. Ini bermakna tahap kebersihan di restoran tersebut sememangnya tidak mencapai piaawan yang sepatutnya. Jika tidak kerana isu ini, mungkin restoran tersebut masih beroperasi dalam suasana kebersihan yang boleh dipertikaikan.
3.  Restoran-restoran diluar sana tolonglah mengambil iktibar dari kejadian-kejadian seperti ini. Jangan sesekali mengabaikan aspek kebersihan. Makanan yang dihidang kepada pelanggan bakal menjadi darah yang mengalir dalam tubuh masing-masing. Pastikan ianya halal dan bersih.
4. Pemilik-pemilik restoran jangan sesekali menggunakan ilmu hitam untuk melariskan perniagaan. Ingatlah rezeki kita datang dari Allah. Mohonlah kepadanya. (Ini peringatan umum. Tiada kaitan dengan kes "Najis" di Restoran Nasi Ganja di Ipoh)

Comments

  1. semoga semua peniaga makanan menjaga kebersihan di dalam pengurusan makanan..

    ReplyDelete
  2. hu3..sebab tu jangan main sebar je berita yg kita sendiri tak pasti kesahihannya

    ReplyDelete
  3. salam....terima kasih kak atas peringatan nie....nk share kena pikir panjang2 dulu hihi

    ReplyDelete
  4. kebaikannya bila dah sah restoran tu tak bersih ...

    ReplyDelete
  5. tu lah..fb jadi medium sampaikan berita yang tak smestinya betul dan sahih.dah jadi fitnah..jgn salahgunakan fb.

    ReplyDelete
  6. ni yang bahaya main sebar-sebar berita tanpa tahu kebenarannya kan

    ReplyDelete
  7. nasi vanggey ni selalu sgt kawan2 kolej pi makan.. tp entah la nina xpernah sekali pun masuk kedai tu

    ReplyDelete
  8. Gunakan laman sosial ke arah kebaikan.

    ReplyDelete
  9. Semoga menjadi iktibar kpd peniaga makanan lain & juga kpd kita semua..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat