Adab Memuliakan Tetamu
Salam Motivasi Untuk Semua Pembaca Blog Santai,
Muliakan Tetamu (Source)
Adab Memuliakan Tetamu, adalah sebuah kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi dengan pembaca-pembaca Blog Santai hari ni. Kisah ini berlaku di zaman Rasulullah s.a.w.
Suatu hari Jarir bin Abdullah terlewat datang ke rumah Rasulullah s.a.w. Ketika itu rumah Baginda sudah dipenuhi orang ramai. Meraka datang dengan hajat masing-masing selain ingin mendengar syarahan serta bimbingan daripada Rasulullah s.a.w.
Beberapa
ketika beliau terpaksa berdiri kerana tempat yang terlalu sesak.
Akhirnya beliau berjaya menyelitkan diri apabila ada seorang lelaki
mengesot sedikit memberikannya ruang yang cukup untuk bersila.
Baginda Memberi Serban Untuk Tetamu
Kedatangan
Jarir disedari Rasulullah. Baginda nampak Jarir duduk di atas lantai
tanpa tikar. Lalu baginda melepaskan serban dibahu dan memberikannya
kepada tetamu istimewanya itu. "Hai Jarir, duduklah di atas serbanku
ini," pelawa Nabi sambil tersenyum lalu membentangkan kain serban itu di
lantai.
Jarir
sangat terkejut bercampur terharu kerana mendapt perhatian Baginda. Dia
mengambil serban itu lalu diusapnya ke mukanya beberapa kali. Jarir
kemudiannya menangis teresak-esak. "Tak mungkin aku duduk atas pakaianMu
yang mulia ini wahai Nabi Allah. Semoga Allah memuliakan Rasulullah
sebagaimana Baginda memuliakan aku," kata Jarir sebak. Orang ramai yang
hadir terpegun bahkan ada yang turut mengalirkan air mata.
Sambil menoleh ke kanan dan kiri, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila datang seorang tetamu yang mulia, muliakanlah dia, dan apabila datang kepada kamu seorang yang ada hajat atas kamu maka muliakanlah mereka"
Tidak Beriman Jika Tidak Meraikan Tetamu
Kesimpulannya, tetamu secara pasti datang dengan maksud dan tujuan tertentu. Oleh itu apabila tetamu datang, bagaimana pun bentuk dan rupa
tetamu itu, sama ada kaya, miskin, Islam ataupun kafir, Allah
memerintahkan kita agar memuliakan mereka.
Jaga Diri, Hiasi Peribadi. Selamat Beramal & Wasalam.Dari abu Hurairah r.a katanya:Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.
nce sharing ;)
ReplyDeletenambah ni buat ilmu agama :)
ReplyDeleteperkongsian yang baik :)
ReplyDeletesalam pg..info yg sgt menarik
ReplyDeletesebak membaca berkenaan cara baginda Rasulullah saw memuliakan tetamunya.. semoga kita mencontohi baginda.. singgah klik2 tabung.. :D
ReplyDeletesemoga kita juga melayan tetamu dengan baik..
ReplyDeletep/s puteri isi tabung :)
Perkongsian peringatan yg baik.. T kasih.. :)
ReplyDeleteperingatan dan perkongsian yang baik.
ReplyDeletegd sharing ni, kdg2 kita pun terlupa kan !
ReplyDelete:D time kasih di atas info tersebut
ReplyDelete