Dulu Di Hina, Kini Di Mulia

Salam Motivasi Untuk Semua Pembaca Blog Santai,

 http://3.bp.blogspot.com/-dn2lqtS2Bsk/TvXrBoG1_SI/AAAAAAAAASA/xKpzjMjzgOU/s1600/hidayah+milik+Allah.jpg
Hidayah Milik Allah. Sehina-hina Manusia boleh Jadi Mulia Dengan Izin Allah (Source)

Dulu Di Hina


Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai kisah seorang Insan yang diangkat darjatnya oleh Allah, Daripada DiHina, Jadi Mulia

Kisah ini merupakan pengakuan dari seorang bekas penagih dadah yang sepanjang hidupnya hanya berkesempatan bekerja hanya selama tiga bulan. Usianya kini sudah melepasi 50 tahun dan tinggal sebatang kara. Sepanjang berpuluh tahun kehidupannya, dirinya tidak ubah seperti haiwan yang tidak tahu membezakan hak orang dan hak sendiri. Semuanya disebat. Pelbagai dosa yang beliau lakukan, samada besar mahupun kecil. Beliau juga sudah berkali-kali keluar masuk pusat pemulihan,namun hidupnya masih begitu. Kehidupannya begitu hina di mata masyarakat di kampungnya.

Kini Di Mulia


Suatu hari beliau ditakdirkan bertemu dengan seorang ustaz. Bersama ustaz tersebut, beliau dibimbing untuk mengutamakan solat. Perlahan-lahan beliau belajar menunaikan solat lima waktu tepat pada waktunya, khususnya secara berjemaah di masjid dan disurau. 


Hari demi hari, kekuatan jiwanya juga kian meningkat sehingga akhirnya beliau mampu berpuasa sunat selama tiga bulan berturut-turut, iaitu Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Bukan sahaja kekuatan jiwanya sahaja yang meningkat, malah rezekinya juga semakin murah.

Dia kini telah dilantik menjadi siak di sebuah surau. Diberi sebuah bilik dengan keperluan asasnya serta menerima sejumlah wang setiap bulan. Beliau kini dihormati dan di muliakan. Namanya harum sebagai seorang yang sangat dipercayai. Semuanya berlaku dalam tempoh yang sangat singkat.   

Hidayah Allah Milik Semua


Kesimpulannya semua yang berlaku didunia ini adalah dengan izinNya.  Jika Allah inginkan sesuatu yang baik berlaku kepada hambanya, sehina-hina dan sejahat-jahat manusia sekalipun boleh diangkat darjatnya. Hidayah Allah adalah milik semua. Kita sebagai manusia sebenarnya tidak berhak untuk memandang rendah kepada sesiapa pun kerana kita tidak tahu apa rencana Allah untuk mereka.



Comments

  1. insyallah...moga bermanfaat untuk diri saya...

    ReplyDelete
  2. Sepatutnya kita tidak memandang rendah pd sesama manusia, sekali pun binatang kerana semuanya milik Allah. Hanya Dia yg berhak menentukan tinggi atau rendah darjat seseorang.

    ReplyDelete
  3. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya. Jika anggota masyarakat mengambil berat membantu yang lemah dan yang terkurang seperti yang berlaku pada penagih tersebut, insyaAllah, masyarakat kita mampu untuk hidup dengan rukun damai.

    ReplyDelete
  4. setuju pendapat akak tu..kita tak berhak untuk memandang rendah orang lain :)

    isi tabung darlie :)

    ReplyDelete
  5. manusia xpernah hine..segala ciptaannya adalah yg terindah..alhamdulillah

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah....terima kasih atas perkongsiannya...

    bila tengok lagu tegar nie kan...
    memang cik akak tersentuh...

    singgah menabung pagi :)

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah beliau telah diberi hidayah oleh Allah.. betul tu, usah sesekali kita menghina..

    ReplyDelete
  8. hidayah milik Allah yg pling mahal.. tak ternilai dgn seluruh isi alam ini..

    ReplyDelete
  9. Allah memandang masa depan kita, bukan masa lampau..hidayah juga perlu diusahakan doa selalu agar Allah berikan pada kita kan.

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum..raudzah :)

    al hamdulillah..semua org sama..dilahirkan seperti kain yg putih..

    ReplyDelete
  11. puteri setuju..kita tiada hak untuk memandang rendah pada sesiapa pun

    ReplyDelete
  12. rezeki Allah swt jua yg memberi !

    ReplyDelete
  13. Betul tu Raudzah....jgn pandang rendah kepada orang lain....tak de sapa yg tahu satu hari nanti dia akan jadi jauh lebih baik dpd kita

    ReplyDelete
  14. ye,seburuk mana pun org tu janganlah di hina..jika kita lakukan juga,tiada beza kita dengan org tu..roda hidup sentiasa berputar..

    ReplyDelete
  15. Subhanallah.. dimana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan.. Allah maha Adil & Penyayang kpd hamba2nya.. t kasih diatas perkongsian..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat