Fakta Menarik: Lawak Pertama Charlie Chaplin

Charlie Chaplin (1899)

Fakta Menarik Hari Ini


Fakta Menarik Hari Ini adalah segmen baru di Blog Santai. Segmen ni adalah idea Suri dari Blog CahayaCinta. Thanks Suri. Melalui segmen ni kita akan berkongsi mengenai fakta-fakta menarik yang kita baca samaada mengenai manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, music dan macam-macam lagilah untuk renungan semua. Harap-harap you all suka ya. Untuk segmen pertama hari ni kita nak kongsi mengenai Lawak Pertama Charlie Chaplin. 

Charlie Chaplin


Semua orang kenal Charlie Chaplin kan. Charlie Caplin ni adalah antara pelawak yang kita suka. So genious. Tapi you all tau tak apa lawak pertama dia? Sebenarnya Carlie Chaplin mula terlibat dengan kegiatan seni ketika berusia lima tahun. Ianya berlaku secara tak sengaja kerana pada ketika itu, ibunya, seorang penghibur pertunjukan pentas, telah kehilangan suara semasa sedang membuat persembahan. Dia kemudiannya terpaksa meninggalkan pentas dan meminta Charlie menggantikannya. Charlie dengan suka hati masuk dan menyanyikan sebuah lagu yang begitu popular pada ketika itu.

 Charlie Chaplin

Lawak Pertama Charlie Chaplin


Sebaik sahaja beliau menghabiskan sebahagian daripada lagu tersebut, orang ramai membaling wang ke atas pentas. Kerana seronok melihat wang yang banyak, Charlie berhenti menyanyi dan berkata kepada penonton " Saya hendak mengutip wang dahulu ya, lepas ni saya akan menyambung semula lagu tadi".

Charlie sebenarnya tidak bermaksud untuk melawak, kerana beliau memang sangat teruja untuk mengutip wang-wang tersebut. Tetapi kata-kata dan gelagat beliau pada ketika itu menyebabkan penonton ketawa terbahak-bahak. Mereka merasakan kata-kata dan gelagat Charlie sangat lucu. Itulah kali pertama orang ramai ketawa dengan aksi Charlie sebelum beliau menjadi pelawak terkenal. Selepas kejadian itu, Charlie bergerak aktif kerana yakin beliau mempunyai bakat sebagai pelawak....

p/s: Best jugakkan kisah Charlie ni. Kita boleh bayangkan aksi Charlie masa tu coz he's so cute..tengok aje gambar yang kat atas tu..

Comments

  1. suka lawak charlie walaupun takda suara..

    ReplyDelete
  2. kelakau jer..tapi kekadang seram tengok dia..maybe sebab gamba BW kott

    ReplyDelete
    Replies
    1. He..He..seram ya Izzah..Tak Pa tengok yang atas tu comel sikit..

      Delete
  3. Tgok muka dia aje dah kelakor... Pelawak semulajadi :D

    ReplyDelete
  4. die mempunyai aura tersendiri.very talented.but in a natural situation ;)

    ReplyDelete
  5. tak dapat bayangkan macam mana budak umur 5tahun buat lawak.. mesti lucu..

    ReplyDelete
  6. kelakar..sampai di kartun kan juga kan?

    ReplyDelete
  7. Mmg the legend lah dia ni.. lawaknya tetap menghiburkan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat